Friday, May 28

aku pelik

Satu soalan..
"u all benci sangat ke dengan tempat yang u all study?"

Aku sangat pelik kepada mereka yang selalu menyemai perasaan tidak puas hati terhadap institusi tempat mereka belajar. Sampaikan terdapat feedback yang sangat hina terhadap tempat-tempat ini? Apa masalah yang berlaku sebenarnya? Siapa yang salah di dalam konteks ini? Adakah admin? staff? staff sokongan? atau pun student?

Aku hanya mampu berkongsi daripada konteks sebagai seorang student. Sebab, kita tidak tahu masalah dalaman yang dihadapi oleh pihak kampus dan ini bukan masalah kita sebagai seorang student untuk mengetahuinya. Jadi tidak perlu sibuk-sibuk untuk mengetahui masalah orang.

Isu ini timbul setelah berleluasanya di dada facebook, pelajar selalu menghina/kutuk tempat dimana mereka menuntut ilmu. Antara masalah yang timbul adalah isu yuran, isu aktivit, keberkesanan perwakilan mahasiswa, isu peraturan dan sebagainya. Jadi, aku ingin berkongsi serba sedikit pendapat yang ingin sampaikan.

Rakan-rakan sekalian,
Dalam hidup ini kita akan melalui 4 fasa. Kanak-kanak, remaja, dewasa, dan juga tua. Apabila ditanya kepada golongan tua, majoriti daripada mereka akan berkata 'fasa remaja adalah fasa yang paling indah dalam kehidupan'. Sepatutnya, kita sebagai seorang remaja harus melalui fasa ini dengan indah dan seronok sekali supaya kita tidak terlepas peluang untuk merasai fasa ini lagi pada masa hadapan.

Jadi, kenapa ada diantara kita khususnya kepada remaja, selalu meng'stress'kan diri dengan masalah-masalah kecil ini. Nak dikecikkan skopnya lagi, orang tua dan dewasa juga berkata, peringkat Universiti adalah pengalaman hidup yang paling indah untuk diingati. Jadi, kepada kepada sahabat-sahabat diluar sana, nikmati hidup anda di semasa tempoh pengajian anda di universiti/kolej.

Memang benar, terdapat pelbagai perkara akan membuatkan kita tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, tetapi just think positive. Anggap ini sebagai satu cabaran hidup dan lalui masalah ini dengan gembira. Bukan melepaskan geram sehingga boleh menambahkan dosa. Tapi x ramai anak-anak muda mampu berfikir seperti ini. Yang mereka tahu hanya kebebasan kepada diri sendiri.

Kadang-kadang aku pelik, mereka hina tempat mereka belajar, tetapi apakah BODOHnya orang itu meneruskan pengajian mereka tempat yang mereka kutuk. Ada yang kata, "tempat ni x best, macam b***." Tapi, grad juga kat tempat tu. Kalau da rasa sesuatu kampus itu menjalankan peraturan yang ketat, atau selalu telan duit pelajar, dengan segala hormatnya, aku mencabar beliau untuk keluar dari kampus itu. Tak mahu... percayalah.

Bukan apa, setiap ayat yang mereka umpatkan atau kutuk/hina di dada facebook khususnya, maka dosa mereka juga bertambah. Semakin ramai yang baca post itu, maka makin tambah juga dosa mereka. Kalau aku bersuara, nnt mereka kata "ni page aku, lantak aku nk kata pe". So, xperlu la aku direct sound kat post diaorang. Harapan aku biar di baca post ini sebagai satu nasihat.

Cukuplah kawan-kawan. Kalau da rasa geram sangat dengan pentadbiran kampus, buat bantahan dengan cara yang betul. Kalau da rasa calon perwakilan tidak berkualiti, next pilihan raya, bertanding. Baru betul.. Ni, cakap-cakap belakang apa ni? Kalau lelaki, xde telur ke? kalau perempuan? fikir sendiri....

Just nk spesific isu yuran, semester ini, yuran aktiviti pelajar naik sehingga RM100. Total bayaran adalah RM900. So, bayar je la, apa masalah? kalau nk murah dok luar, xyah bayar hostel. Insuran? xmo ambik? Sekarang xde penyakit boleh la cakap camtu, nnt manalah tahu, Tuhan nk uji kita, excident, sapa nk bayar fees hospital? fees aktiviti student? Dah tau bayar mahal2, join la aktiviti yg perwakilan buat. ni x, sombong, duduk bilik, cakap aktiviti xde standard, xde kualiti? apa ni? Siapa yang bermasalah sekarang? pihak kampus or DIRI SENDIRI?

Fikir-fikirkan la....

2 comments:

Izza Arsyika said...

Good entry.

Saya di India; you should hear the things the ppl say about this place.

As for me, saya suka tempat ini. =D

Anonymous said...

oh akid, saya sgt setuju dgn kamu!
n i <3 BMI....
lepas ni dah xde kesempatan mau jumpa lagi, kan? :(