Sunday, July 4

zoo di klcc

Kini aku sedang berada di bilik GF-03 Hostel UniKL BMI dan dibilik ini juga aku akan menghabiskan satu semester disini. Aku keseorangan, rakan-rakan room-mate masih lgi belum tiba. So, aku mengambil pendekatan drastik yakni keluar seorang diri ke ibu kota-KLCC. Perancangan adalah ingin menonton wayang sebelum aku mula pening dengan tugas-tugas yang akan aku dapat dalam beberapa hari kelak.

Movie kali ini yang menjadi pilihan hati untuk ditonton adalah ZOO. Haha.. aku pun masih lagi berada di dalam minda bwah sedar kerana aku merupakan seorang yang sukar untuk menontn filem Melayu di panggung. Bukan kerana aku anti-filem Melayu atau boikot filem Melayu, tetapi agak sukar untuk aku menerima filem Melayu di layar perak. Tetapi hari ini, hati aku berlembut juga untuk menerima filem ini.

Agak terkejut kerana di dewan 3 TGV KLCC yg begitu luas, boleh dikata 90% penuh dan 98 % daripadanya adalah orang Melayu. X sangka, orang Melayu sudah boleh terima dengan pawagam ini. Seronok melihat kumpulan keluarga yang begitu besar melangkah kaki masuk ke dewan. Dan untuk kli ini juga, di dalam dewan itu, aku melihat selebriti Malaysia juga menonton filem ini bersama keluarganya yakni Adnan Abu Hasan.

Untuk review filem ini, aku hanya mampu memberi 3.5/5 bintang sahaja. Tidak terlalu boring dan tidak terlalu seronok. Yang penting, plot-plot kelakar adalah sangat menghiburkan. Sudah lama aku tida bergelak besar di dalam panggung kerana sebelum ini aku hanya menonton filem-filem aksi di panggung. Untuk merek yang ingin menghilangkan rasa stress, elok untuk menonton filem ini disamping kita membantu menaikkan mutu filem Melayu. :)

Well Done..

1 comment:

shazhatul said...

haha.ni msti tgk sb xde pilihan laen kan??