Thursday, September 16

Aidilfitri '10

Salam Lebaran
Salam Aidilfitri

Aku bangun seawal subuh dan kemudian mengadap netbook ku yang didalamnya dihiasi dengan facebook. Kemudian aku bersiap, untuk menunaikan solat sunat aidlifitri di masjid muhammadi di Kota Bharu, Kelantan. Nyaman suasana pagi itu, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Hanya sekadar angin mendung bertiup menghilangkan peluh ketika saat melangkah kaki. Kemudian, pulang ke rumah dan seterusnya perut bergendang kencang menandakan saat dan ketika itu aku sedang lapar apabila sebulan aku memenuhkan ia dengan waktu sahur. 

Antara juadah pagi itu adalah Nasi Beriani yang dimasak khas oleh tukang masak terkenal dari Batu Pahat, Johor, kemudian terdapat juga juadah wajib, ketupat rendang, dan antara yang paling istimewa roti jala bersama kuzi. wow... sangat menyelerakan waktu itu. 

Saat yang dinantikan adalah saat yang kebiasaanya dilakukan oleh seluruh warga malaysia yakni sesi bersalam-salaman dan yang paling penting, DUIT RAYA. ngee... Setelah acara ini selesai, sesi fotografi pula mencelah masuk menggembirakan suasana kembali. Di bawah terdapat beberapa keping gambar sebagai hidangan para pelawat blog ini ketika suasana di pagi raya. Petang? Penuhkan aktiviti di hadapan TV. aHaha... :p
Bersalam dengan Che
kandid sebilangan cucu che
kandid my family
kandid semua yang ada
supupu sepapat


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

No comments: