Thursday, September 16

the night

Raya istimewa.
Perancangan BBQ pada malam itu hanya dirancang oleh aku dan hakim. Selewat selepas maghrib kami terus membuat keputusan untuk membuat BBQ pada malam itu. Chefnya? Aku, haha.. Almaklum, aku sudah pun berkecimpung dengan masakan BBQ ini untuk beribu-ribu kali. Oleh hal yang demikian, pada malam itu, aku akan incharge segala-galanya. haha.. Tapi xdenye, ade peluang untuk aku lenyap, aku lari. Penat w0o...

Menu BBQ pada malam itu adalah beberapa ekor ikan, beberapa ketul daging kambing, beberapa ekor ayam dan juga beberapa ekor daging anjing. Ops... Hot Dog. Pada malam itu juga, istilah Garden dinner telah pun menjadi tema makan malam kami seluruh ahli keluarga. Disamping menikmati juadah, kami juga dihidangkan dengan beberapa percikkan bunga api bagi memeriahkan makan malam itu.

Lebih istimewa lagi, pada malam itu merupakan hari jadi auntie Yuli, so, ape lagi, aktiviti tiup kek juga berlaku pada malam itu dan juga percikkan bunga api menghiasi bandar kota bharu. wow.. pernah lagi hari jadi aku ade orang sambut guna bunga api.hehe... So, untuk pelawat blog ini, sila nikmati gambar-gambar di bawah ini sebagai hiburan sambilan... :)

sangat indah
sudah jatuh hati pada ini
macam sambut merdeka
Chef Akid
menu malam itu
sambil-sambil
bincang-bincang malam
setelah kepenatan berBBQ

No comments: