Thursday, September 9

meniti perjalanan

Assalamualaikum.
Salam Lebaran.
Hari ini merupakan puasa terakhir bagi umat Islam berpuasa untuk tahun ini. InsyaAllah esok akan tersingkaplah detik 1 Syawal yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Seperti biasa, telah menjadi lumrah dunia, apabila sesuatu perayaan itu berlangsung maka berpuluhan malah mencecah ratusan ribu kenderaan bergerak diatas jalan raya yang lurus menuju ke kampung halaman masing-masing.

Situasi ini juga tidak terlepas bagi diriku. Seluruh ahli keluargaku memulakan perjalanan pada 6pm. Destinasi kami pada kali ini adalah Kota Bharu, Kelantan yang dikatakan Serambi Mekah. Kenapa? Malas ambil tahu. Menurut berita TV3, dijangka 900 000 buah kenderaan akan berhijrah ke pantai timur. WOW! Disebabkan hal ini sudah pun menjadi kebiasaan dan macam mana cara sekali pun kita terpaksa mengharungi perjalanan yang berkemungkinan menghasilkan result berada di atas kenderaan lebih daripada 8 jam.

Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya kami tiba di Kota Bharu pada jam 2am. wow!! 8 hours. macam xde pape je. hehe.. actually, jalan ketika itu boleh dikata agak lancar cuma deretan kereta malam itu sangat banyak dan meriah. Terdapat juga sedikit traffic jam di pintu-pintu masuk kawasan yang adakalanya kami tersangkut sepanjang 8KM. Sayang kerana gambar tidak diambil sepanjang perjalanan yang meriah ini kerana masing-masing keletihan ketika berada di dalam kereta.

Destinasi sudah pun tiba. Lupakan sejenak peristiwa kepenatan ini, Perayaan dinantikan. Wow!!

No comments: