Thursday, September 16

grand iftar

Assalamualaikum.
Hari : Khamis
Tarikh : 16 September 2010
--------------------------------------------------------------------------------------
tarikh kejadian : malam terakhir berbuka
tempat : kota bharu

Salam.
Agaknya sudah terlambat untuk aku berkongsi dengan kalian semua peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang blog ini senyap sunyi. Bukan apa, maklum semua tahu, hari raya merupakan saat yang sangat indah untuk kita meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Oleh hal yang demikian, aku tiada masa untuk mengupdate apa yang berlaku sepanjang tempoh sunyi ini. Apa-apa pun, aku tetap akan cuba mengingati dan seterusnya bercerita apa yang ingin aku taipkan disini.
Malam terakhir bulan Ramadhan, sudah dijangka, seperti tahun tahun yang lepas, malam terakhir, kami akan berbuka puasa beramai-ramai. Keadaan suasana ketika itu sangat meriah apabila hampir kesemua ahli keluarga dapat berkumpul pada malam itu; Che, ayahlong sekeluarga, che zan sekeluarga, umima sekeluarga, ayahsir sekeluarga, che na sekeluarga, che zu sekeluarga, ayahdan sekeluarga dan ayahsu sekeluarga. Hanya aishah (russia), amalina (ireland), abg yin sekeluarga(batu pahat), ayahmi dan anak-anak(shah alam) dan ayahdi sekeluarga(kota baru) tidak dapat menghadiri perhimpunan keluarga pada malam itu.

Juadah berbuka puasa hari itu sangat istimewa yakni sup gearbox yang sangat digemari oleh anak-anak muda kampung. pergh.. saat dan ketika dapat menyedut sum sum tulang membuatkan diri bergetaran apabila lidah dapat menyetuh sum sum tulang itu. Ramadhan sudah pun berlalu. Ketika ini, kedengaran takbir raya yang sangat menyentuh hati. Adakah dapat aku bertemu kembali Ramadhan yang akan datang? InsyaAllah....


No comments: