Sunday, December 11

Daulat Tuanku

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan

Serta Segala Daerah Takluknya

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.

Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.

Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran.

Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.

Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.

Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.

Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.

Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.


p/s : Selamat Hari Keputeraan 66 Sultan Selangor. Daulat Tuanku.

Saturday, December 10

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مؤكدة )

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.


Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
3. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.

4. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
5. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
6. Baca al-Fatihah dan Surah.
7. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
8. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
9. Baca al-Fatihah dan Surah.
10. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
11. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
12. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
13. Jika berjemaah. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring (جهر).

Sumber :Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Friday, December 9

Gerhana bulan penuh 10 Disember 2011


Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini. Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana.

proses berlaku
"Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid. "Kejadian itu amat besar hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam. Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam. Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.
gerhana bulan
"Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar," jelas kenyataan itu lagi. Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
 
"Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi," jelas kenyataan itu lagi. Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Sumber : Utusan Malaysia

Monday, December 5

Dan Goal....

Untuk entry kali ini, I just nk share pada seluruh dunia berkenaan dengan lagu ini. First time dengar oh man, terus jatuh cinta. Memang best w0o lagu dia, tapi tu la, manusia ni pelbagai, x semua perkara mempunyai minat yang sama. So, kepada yang mengikuti blog ini, sudi-sudi la dengar lagu ini ek. Support orang kita juga. :)

credit : Youtube Dan Goal - FiQue

Sunday, December 4

Trolley Baby

Well hello there ~
Hari ini I nk melepaskan geram kepada beberapa individu yang mungkin x faham dekat Malaysia ni. Actually, masa I type entry ni, I istighfar banyak-banyak kot-kot la terkeluar perkataan yang tidak diingini. Kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan akid89.blogspot ini, mungkin u all pernah terbaca post-post berkenaan dengan kemarahan I kepada golongan yang ada BABY. BABY..?

Actually bukan BABY yg I marah sebab ea la, budak sekecil itu apa yang mereka tahu? Seorang khalifah Allah yang baru sahaja lahir kemuka bumi-Nya yang dianggap masih suci putih berseri tanpa sekumit besar dosa ada padanya. So, bukan BABY yg I nk lepaskan geram, tetapi, kepada mak bapa BABY tu. Mungkin perkara ini biasa terjadi kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin. I cuba untuk memahami mereka, kerana x mustahil, apa yg I akan cakap lepas ini juga akan berlaku kepada diri I. Allah itu maha adil.

Tapi sebagai peringatan bersama, I cuba untuk mengubah mentaliti orang muda yang kebanyakan mengikuti blog ini untuk turut berfikir. Pada hari Sabtu yang lalu, seperti biasa, I keluar untuk menghadiri satu event. Seperti yang sedia maklum, I xda kereta sendiri lagi, so, public transport merupakan pangangkutan utama I. Boleh kata KL ni, I da tau selok belok public transport. Apabila I bercakap berkenaan dengan hari SABTU, umum tahu ketika itu ramai penduduk/masyarakat keluar untuk melakukan aktiviti masing-masing.

Oleh hal yang demikian, masyarakat juga perlu tahu waktu dan ketika, bila waktu puncak pada sesuatu tempat akan berlaku. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6pm. Seperti biasa, waktu ketika ini ramai anak-anak muda dan juga masyarakat akan pulang ke tempat masing-masing kerana kita sebagai orang Melayu masih mengekalkan adat dan dilatih untuk pulang sebelum Maghrib. Tempat kejadian KTM KL Sentral.

gambar hiasan : trolley baby
gambar hiasan : suasana peak di kl sentral
Ada satu couple ni mungkin baru mendirikan rumah tangga. Rasanya x baru juga la, adalah dalam setahun lebih kerana ada seorang BABY yg comel pada mereka. tetapi yang menbangkitkan rasa geram dan marah, adalah mereka masih menggunakan trolley baby untuk berpusu-pusu masuk ke dalam komuter. URGH!!! Abang, kakak, tau x, time ni time peak, orang berpusu-pusu nk masuk masuk dalam train, ramai, penuh. Fikir la sikit, abang kakak lagi nk tambah ruang dengan trolley baby tu. Kok ea pun nak bawa masuk sgt, naik la time x ramai. X ke menyusahkan orang lain terpaksa menyempit untuk hanya mengisi ruang dlm ktm tu.

Aduyai, mujo la BABY tu comey, terubat sikit nafsu amarah I masa tu. So, I xnk luahkan banyak-banyak, kepada mereka yg bakal menimang cahaya mata, Alhamdulillah, rezeki daripada Allah S.W.T. Tapi beringatlah, sekurang-kurangnya tahu dimana letakkan sesuatu perkara di tempat yg betul. I pun bermuhasabah diri supaya ia tidak akan berlaku kepada diri I suatu hari kelak. Astaghfirullah alazim...

Sehingga kita bertemu lagi.. tata..


 ^_^


Wednesday, November 30

Ikrar Pemuda


Kami pemuda Malaysia
Bersatu dan padu tenaga
Berjuang berkorban jiwa raga
Untuk ketahanan bangsa

Pemuda harapan negara
Membela dan membuat jasa
Membina negara kaya raya
Ibu pertiwi malaysia

Mari kita bersatu dan berikrar
Mengaku dan bersumpah
Menjunjung agama bangsa negara
Bersungguh dan setia

Kami pemuda malaysia
Merupakan benteng yang waja
Pertahan kedaulatan agama
Serta bangsa dan negara

Tuesday, November 29

Universal Studios Singapore lagi... :)

oke, malam ni I nk cerita kisah I sekali lagi ke Journey to the South. Mesti x faham kan? Ok, pada 22/11/2011 yg lepas I bersama 3 orang sahabat ke Singapore sempena menyambut kemerdekaan program degree di UniKL BMI. Pergh. Bunyi nak hebat je. Gee, Jang, Min and I went to Universal Studios Singapore which tempat pemuda-pemudi bergembira. B4 ni, I da pergi on June 2011 with Nisa, tapi disebabkan masa tu I pergi weekend, so I x puas untuk naik ride-ride yang ada kat situ. Untuk trip kali ini, I teman atau jadi tour guide la untuk friends I yg belum pernah lagi jejak kaki ke sana.
dlm train

Perjalanan bermula pada malam 22/11/11 di KL Sentral menaiki KTMB pada jam 11pm. Masa on the way pergi, we all amek bed class. Pergh, selesa la, kalau perjalanan malam better amek katil, kalau seat, lenguh sikit la nk tidur. Akhirnya tiba di JB Sentral untuk pengesahan immagration Malaysia. Untuk Malaysian, xyah wat pape, just tunjuk passport untuk pengesahan dalam train je. Lepas tu, train terus bergerak melintas teluk tebrau, skejap je daripada JB Sentral ke terminal Woodlands.
lepak di Subway Train

Jadi kanak-kanak
Sampai Station Woodlands dalam jam 7am, we all turun bersama semua barang cuz this is the last station and we need to chop the immigration. Bawa pen sendiri bagi mengelakkan kesesakan sebab untuk tulis pada kertas immigration singapore. Lepas je, Welcome to Singapore. Hahaha. Next, we all terus naik bas x sure la plak bas no bpe, tapi banyak la bas kat situ. Dia bawa terus ke Woodlands MRT Station. Harga tambang per person ke Woodlands MRT SD1.10. Tips, makesure b4 masuk singapore, u all dah ade small change or syiling. Kalau nk naik bas la, tapi kalau nk naik cab, ikut u all.
melompat kegembiraan

Sampai di Station MRT Woodlands, naik lah kami bertukar-tukar train menuju ke Station Harbour Front MRT. Sampai sana, we all terus masuk ke Vivocity. Masa tu jam menunjukkan pukul 9am. Just nice. So, we all lepak sambil bersiap b4 masuk Sentosa Island. Next naik Sentosa Ekspress untuk masuk ke Sentosa Island kena bayar lagi SD3 per person. Skejap je pun, lintas pulau je. Sampai sana, bergambar lah pada trademark Universal Studios yakni bumi berputar tu. :)

us with mr. woody woodpecker
i ada band :)
Jam 10am, we all masuk, dan main semua ride yang ada kat situ.. best wo0o0... Tengah hari terasa lapar la pulak. Don't worry, sebab ada restoran halal kat dalam tu, sedap lagi. Tu pun kalau u all pandai pilih makanan la. Budget skali makan around SD15. Lepas tu, sambung lagi pusingan sampai jam 7pm.

Lepas tu, naik Sentosa Ekspress untuk balik ke VivoCity, dan we all lepak kat food court sana sampai jam 8pm. Then naik MRT ke Woodlands Station and naik bas ke Woodlands Checkpoint. Tunggu la kami sampai jam 11.30pm untuk pulang ke Malaysia. Habis sudah kisah trip one day kami yang sangat seronok :) So, pada mereka yang nk cuba, boleh la try, kalau ada pape nk tanya, jangan malu-malu. Kat bawah I share beberapa keping gambar untuk tontonan umum.





makan makan

 Assalamualaikum.

Kira hampir tiga minggu I x update blog ini, first of all ucapan ribuan kemaafan kerana sebelum ini sibuk dengan exam dan juga perkara-perkara biasa untuk pelajar final year, which is tiga huruf yang menjadi igauan semua yang bergelar pelajar. FYP. Hehe.. apa-apa pun semua ini berlaku dengan mudah sekali walaupun ada sedikit masalah pada awalnya. Dan apabila semua ini berakhir, alhamdulillah, mampu menarik nafas lega.

Well, I just nk share makan malam I yang boleh dikatakan sangat seronok memandangkan mungkin ini antara makan malam terakhir kami bersama yakni ex-fet batch 4 unikl bmi. Walaupun x semua dapat menghadiri dinner ini, tetapi dapat mengumpulkan seramai ini sudah cukup memadai dan sangat menyeronokkan. Tempat perkumpulan ini diadakan di Mali's Danau Kota. Kami mungkin x mampu untuk mengadakan dinner di restoran mewah memandangkan kami sedar taraf kami sebagai seorang student. wakaka.. yo o je. :)

Xnk cerita banyak, just nk update blog yang sunyi ini dengan cerita yang mungkin dapat membalut kerinduan followers blog ini.  
makan makan dan makan
 
kami

Saturday, November 12

tekanan










3am
belum menutup mata
otak & hati sedang 'crash'
perlukan ketenangan
Oh Allah....

Sunday, November 6

raya aidiladha

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah jutaan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana tidak putus dilimpahi dengan rezeki makanan. Syukur rasanya apabila dilahirkan sebagai Anak Malaysia yang beragama Islam seterusnya mempertahankan bangsa Melayu di muka bumi Nya ini. Seperti yang sedia maklum, hari ini 6/11/2011 merupakan tarikh hari raya aidiladha atau hari raya haji atau hari raya korban. Apa-apa pun perbezaan nama tetapi tujuannya adalah sama, untuk memartabatkan agama Islam di muka bumi dengan melakukan perintahnya.

Hari ini I gagal lagi melakukan solat sunat aidiladha dek kerana badan terlalu penat. Apa taknya, hari ini saja bangun jam 10am. Sesudah bangun, bersiap dan kemudian menuju ke rumah ayah long di USJ 17 untuk menikmati juadah 4 jenis makanan yang berbeza. Kehadiran I disana x lama dek badan yang tidak sihat kerana diserang virus apa kenama menyebabkan diri ini perlu direhatkan. Setelah mengenakan dadah yang sihat disamping menambah bakteria yang baik ke dalam badan, I hanya mampu berehat di hadapan laptop dan tiba-tiba, mata melabuhkan tirainya di ruang tamu.

Malamnya, lagi sekali I ke USJ 17 untuk menikmati juadah dinner di sana dan lagi sekali, makan tidak berhenti, ish ish ish.. Tapi badan masih maintain macam dulu. Seksi.. :) Sepanjang hari ini tiada gambar yg I ambil disebabkan camera hp I yang sangat canggih. Hehe.. Sori ea, hp I x ada camera. Ye la, belum dapat rezeki lagi, so just guna hp murah sahaja. Tapi sepanjang I google internet hari ini, I tertarik dengan 1 gambar ini which xtau la kalau model dalam gambar ni berlakon semata-mata atau memang benar berlaku. Rasa best bila dapat tengok mereka bersama. Kan best kalau ia benar-benar berlaku.. Hmm.. mengeluh lagi.. Insyallah, kalau ada, ada la. :)

bersatu untuk agama
Ok la, rasanya cukup untuk hari ini, tunggu post esok untuk mengetahui apa cerita yang menarik berlaku. Akhir kata, Salam Aidiladha untuk warga pembaca setia akid89.blogspot.com.

Saturday, November 5

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam Aidiladha dari Akid dan Keluarga, ops.. belum ade keluarga lagi. hiee.. Kepada mereka yang menunaikan haji, selamat menunaikan haji dan pulang bersama haji mabrur.. Insyallah.

ef y pee

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Hari ini I rasa bersemangat pula nak menaip (setelah xtau apa nk buat). So, untuk post kali ini I just nk share cerita kisah 3/11/11 yang lepas berkenaan dengan Engineer's Day. Seperti yang sedia maklum kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan I di Facebook, u all mesti ada tertengok gambar album ef y pee I, mungkin kepada mereka yang tidak tahu, ef y pee adalah diambil daripada 3 huruf sahaja yakni FYP yang bermaksud Final Year Project. Seperti biasa, pada mereka yang mengambil sebarang jurusan di IPT akan membentangkan FYP mereka (jika ada). Saat ini merupakan paling gementar kerana bermacam-macam jenis pistol dan senapang akan digunakan untuk attack kita.

So, perkara ini I tidak juga terlepas untuk menyediakan benteng penahan setebal 12 inci untuk menahan tembakan itu. Pada mereka yang tidak tahu, I ada post akan tajuk reserch yang I akan buat untuk fyp kali ini. I akan beritahu lagi sekali, tajuk yang I kena reserch adalah, " Study And Evaluation of PSoC Development Kit For Education And Training ". Nah, bapak panjang tajuk research I. Susah kot. hiee... Susah x susah, I da lepas viva hari tu. So, sekarang adalah masa untuk menyiapkan report dan logbook yang I belum start pun lagi -_-'

Kat bawah I upload gambar-gambar kenangan sepanjang hari tersebut. Enjooooy :)
posing selepas access

jang bersama air cond

gee bersama car fault detector

I sedang di access oleh Sir Mano

My Research

I sedang explain pada accessor Mdm Fatin Liyana

Ya ampun....

Ya ampun.. sudah lama I tidak update pape kat sini. Kesian beliau keseorangan sepi tanpa berita untuk dijadikan juadah hitam putih pada masa hadapan. Ok la, memandangkan I tgh rajin ni, jum kita update pape yg patut.. weeeeeeeeeee...................

Monday, September 5

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

akid89.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada pengunjung setia blog ini. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan kebahagian yang sepenuhnya kepada kita semua. Tidak dilupakan juga salam Al - fatihah kepada mereka yg telah pergi meninggalkan kita.

Tuesday, August 16

jalan-jalan s.alam

Hi semua, selamat kembali ke blog akid89.blogspot.com. Seperti yang dijanjikan, I akan cuba untuk update seberapa post-post sebagai mengganti balik masa-masa yang I terlepas untuk update sepanjang tempoh itu. Untuk hari ini I saja nk cerita jalan-jalan I hari ini. Well, hari ini hari Isnin, macam biasa, bangun pada jam 12 tengah hari then bersiap untuk follow ayahanda tercinta untuk ke office. Tapi ayahanda akan drop I kat seksyen mula-mula dibangunkan di s.alam, yakni di kompleks PKNS.

pkns s.alam
Untuk pengetahuan umum, I ni nama je orang s.alam, tapi I jarang tau jalan-jalan s.alam dek kerana xtau nak buat apa disana. I prefer lepak kawasan Subang ataupun KL. Untuk hari ini, daripada xde buat apa-apa di rumah, baik I keluar & jalan-jalan melawat kawasan. Setibanya di Kompleks PKNS, I pi kedai buku untuk beli kad raya, yeY, untuk kali ini I habis RM50 untuk kad raya. Mesti pelikkan I masih lagi beli kad raya padahal zaman sekarang orang prefer antar via sms atau pun email je. Entah la, untuk I cara lama ni lagi feel apabila kita ucapan raya drpd kad raya. It is hard to explain why, but I prefer this method. So, kepada mereka yang nak kad raya, cepat-cepat gtau sebelum I malas nk antar. Haha..

SACC s.alam
Plaza Alam Sentral
Next I singgah jap SACC which antara shopping mall yang mewah gak la kat s.alam. Kat sini I just pusing-pusing je sbb xde pape sangat nk beli kat sini. Huhu.. agak-agak nk amek mood ekon seronok la kat sini. Well, I dok sane sampai beku seluruh badan then I keluar menuju ke Plaza Alam Sentral atau orang sini suka sebut PAS. -_-' lantakla.. Kat sini, i beli component electronics. Wah, macam nk buat project je. Haha.. Then, nk buang masa I pun buat la rubber stamp untuk nama I. Haha... Nampak sangat xda kerja. Lepas pusing sana sini, my ayahanda pun msg cakap nk balik, I pun balik. Wah, penat juga jalan sorang-sorang kat s.alam ni time bulan puasa. Kalau x, confirm da singgah lepak kat Big Apple SACC. Well, see then..




Monday, August 15

welcome back


Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Wah, sungguh lama i x update blog, kesian kepada kisah-kisah silam yang ada dalam blog ini kerana dibiarkan lenyap begitu sunyi tanpa ditemani. Actually bukan apa, i betul-betul busy. Kadang-kadang i x ada mood untuk menaip walaupun pada ketika itu banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Tak apa la, kita lupa kisah yang lama, dan i akan cuba untuk merajinkan diri i menceritakan segala input-input pada blog ini. Tapi i segan la, kejap ada kejap x ada, macam chipsmore plak. Well, here i am, Welcome back...

Saturday, June 18

langkawi trip

Hello World..
Untuk kali ini, i nak share percutian my friends and i ke satu destinasi pelancongan negara di Pulau Langkawi. Actually da lama da i datang sini. So, bagi membangkitkan rasa rindu, i pun booked tiket airasia pada tahun lepas dalam satu promosi untuk ke sini. Kali ini i hanya bertiga, G dan jang. Seperti biasa, flight i jam 2.05pm di LCCT dan setibanya disana, kami naik cab menuju ke resort di Pantai Cenang yakni Best Star Resort. Ok la dengan harga yang berpatutan, xdelah kami aspect nk dpt 5 star services. Location sangat menarik kerana berada di tpi pantai dan sangat tempat shopping pun ada sepanjang jalan tu. 

Gunung Mat Cincang

Sesudah check in, kami pun bersiap untuk mandi pantai yang juga sudah sekian lama i x berendam di laut masin. Lepas mandi-manda di pantai cenang, kami pun bersiap untuk makan malam. terdapat banyak restoran disini cuma mungkin harga makanan di sana agak mahal kerana menjadi tumpuan para pelancong. Menu dinner malam itu, adalah pari bakar. Pergh.. Sangat terliur. Then we all balik ke resort, da berehat untuk aktiviti esok. 

700meter above sea
Keesokannya, jam 9am, kami bertolak dengan menaiki kereta sewa untuk menuju ke seluruh destinasi menarik di sana. Tempat pertama kami adalah kawasan Beras Terbakar. Tiada apa-apa yang menarik disini just untuk tempat sejarah, bagi mereka yang belum sampai, di galakkan untuk ke sini untuk mengetahui sejarah tempat itu dan kepada mereka yang pernah sampai, xyah la pergi lagi. Hehe.

melompat di gunung
Next kami terus ke telaga tujuh, tapi x naik bukit pun, sebab malas nk berjalan. So, we parking kat oriental village untuk naik ke gunung mat cincang :) Untuk menaiki cable car, kena bayar RM30. Agak tinggi dan menyeramkan kepada mereka yang mempunyai Acrophobia sila berhati-hati. Sila bawa bersama kamera untuk manangkap gambar kenangan di sana.

arnab yang sedang menerima carrot
Next, after lunch di gerai tepi jalan, kami terus ke Wildlife Park. Wow, sangat best tempat ni sebab u all boleh bagi haiwan makan n usap depan kalau berani. Macam-macam jenis haiwan ada kat sana, burung, rusa, arnab beruk, raccoon dan sebagainya yang kesemuannya sangat jinak untuk dibelai. Kepada mereka yang sukakan haiwan, ini adalah tempat yang sesuai untuk pergi. Bayangkan, apabila u all datang membawa paper bag yang mengisi makanan, berkerumun haiwan datang kat u all untuk menerima makanan, seram kot. haha..

raccon yang sangat manja
burung ini sangat jinak
burung merak
Lepas bagi haiwan makan, kami pun terus ke pekan Kuah dan terus ke Dataran Lang untuk menutup trip kali ini. Orang kata x sah kalau pergi langkawi x amek gambar kat statue helang ni, Then, we all balik ke resort untuk berehat. Keesokkannya, kami berehat di resort, dan tepat jam 12noon kami checkout dan terus ke destinasi terakhir yakni underwater world langkawi. Kat sini anda berpeluang untuk menyaksikan kehidupan ikan dengan lebih dekat. Dah lama x datang sini, and rasa seronok dapat kembali ke sini lagi. 

dataran lang
penguin kat underwater world
Then we all lepak kat airport untuk menunggu flight pada jam 9pm. Sebelum tu lepak jap kat Starbucks airport langkawi. pada jam 10pm tiba di LCCT dan pulang ke rumah. Wah, trip kali ini sangat seronok. Next xtau lagi plan nk kemana, tunggu saja la ye..
Starbucks Airport Langkawi

Thursday, June 16

final piala fa 2011

 Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, Piala FA 2011 sudah pun menutup tirainya pada 11 Jun 2011 yang lepas dimana menemukan dua pasukan gergasi pantai timur, Terengganu dan juga Kelantan. Tuah dan rezeki menyebelahi pasukan Terengganu apabila dinobatkan sebagai Juara Piala FA 2011 apabila menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-1 setelah bangkit pada minit-minit terakhir perlawanan.

I sebagai penyokong kuat Selangor tidak terlalu beria-ia untuk menyaksikan perlawanan ini tetapi apabila memikirkan darah daging dan juga kehangatan perlawanan akhir, i x melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini di Stadium Bukit Jalil. Jelas kehadiran i di sana sebenarnya di dalam keadaan serba salah kerana tidak tahu pasukan mana yang ingin disokong. Kelantan bukan lah menjadi pilihan apabila pasukan negeri ini berjaya menundukkan pasukan kegemaranku akan tetapi Terengganu juga bukan menjadi pilihan kerana aku tiada kaitan langsung dengan negeri Terengganu.

Oleh hal yang demikian, i saje membeli jersi pasukan Kelantan untuk dijadikan koleksi dan seterusnya menyokong negeri itu atas dasar ingin melepak bersama saudara mara yang tersayang. Kemenangan atau pun kekalahan Kelantan pada malam itu tidak akan memberikan impak kegembiraan i pada ketika itu, just bersandarkan hanya ingin menyokong bola sepak tempatan.

Mungkin gambar-gambar dibawah menunjukkan i ni murtad negeri kerana menyokong sebuah pasukan yang juga merupakan musuh utama pasukan Selangor. Haha.. xpe la, yang penting, i ada pada malam tu di stadium bersama menyaksikan kemeriahan bola sepak pada malam itu. Cukup sampai disini, jumpa lagi pada saingan piala fa 2012 pada tahun hadapan dan insyallah, Selangor akan bangkit membalas dendam.

ramai yg tidak percaya i memakai baju happy red warrior
berebut mendapatkan seat tempat yg terbaik
lihat, i hanya bermain dengan IPad x menghiraukan langsung perlawanan malam itu :)
wajah wajah keluarga mohamed
wajah wajah penyokong

Sunday, June 5

baby tengok wayang??

gambar hiasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Post kali ini i ingin membincangkan isu yang ada diantara kalangan manusia yang xreti-reti menyusahkan orang. First of all, i nk minta maaf awal-awal sebab berkemungkinan, post ini akan menyentuh hati, naluri dan juga perasaan si pemakan cili. Dan sebagai peringatan mungkin ada beberapa kata kesat yang tidak sesuai untuk golongan 18 tahun kebawah membacanya. Oleh hal yang demikian, kepada mereka yang tidak suka akan post ini boleh dislike pada comment di bawah. Haha...

I baru pulang menonton wayang di salah sebuah pawagam terkemuka di tengah-tengah kota kuala lumpur. Hari ini, i tengok cerita X-Men First Class. Pergh.. mmg first class la. Baru i dapat tau, history of the x-men characters. Overall untuk movie ni i bagi 4 STAR w0o.. Kepada mereka yang belum menonton filem ini lagi, sila lah ke pawagam berhampiran, dan jangan pulak u all tunggu Astro First sebab Astro First just produce filem tempatan je.

Berbalik kepada tajuk post ini, ade ke bang*ng family bawa masuk bayi dalam panggung. Kalau sape x faham, ni i caps lock jap, BABY. Kalau baby tu fhm bila suh senyap xpe, ni tgh-tgh cerita boleh plak nangis. Spoil. i bukan nk salahkan baby tu sebab ye la, dia bukan fhm apa-apa pun. Cuma parents/penjaga kepada bayi tu yang boleh dikatakan spesis pentingkan diri yang b*ngong. Der, klu ye pun both of you kaki tgk wayang n masih lagi perasan muda dek 1st baby baru lahir, xyah la bawa baby yang xberdosa tu masuk panggung. recruit la mne2 baby sitter.

Kalau tgk cite kungfu panda ke, a bugs life ke, i xksah sgt sebab i akan cuba ubah mentality pemikiran i yang bahawa cerita tu mostly kana-kanak yang akan tengok. So, klu depa wat bising dalam panggung pun i xksah sangat sebab mental da ready. Klu nk sumbat baby dalam tu pun xpe. Tapi ni come on la, x-men kot. unsur ganas, sex, semua ada. x sesuai untuk mereka yang bawah 13thun. Hmm.. Udahlah, klu taip panjang-panjang pun bukan ade couple yang terasa ni nk baca. Pada mereka sahabat-sahabat diluar sana yang sudah pun mendirikan rumah tangga, fikirkan yang terbaik untuk anak-anak, jangan pentingkan diri, hormat penonton yang lain. peace.

Saturday, June 4

Singapore Backpackers

Assalamualaikum & Greetings...
Untuk post kali ni i nk share experience i pergi Singapore seorang diri. Wow, yah, i repeat alone. Pada 20hb May yang lepas, i ke Singapore dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari KLIA menuju ke Changi Airport. Bertolak pada jam 5pm dan tiba di sana satu jam selepas itu. Pertama kali menjejakkan kaki di airport Changi bagaikan seperti seekor rama-rama yang terbang mencari madu bunga. Terkial-kial mencari tempat yang harus dituju. Apa-apa pun, setibanya di station SMRT, bertambah lagi terkial-kialnya apabila tidak tahu menggunakan mesin tiket MRT. Apabila berada bersendirian, kita harus berani mencuba untuk kuat di negara orang.

30 minit selepas itu, i tiba di station kallang dan kemudian berjalan kaki menuju ke tempat kediaman i untuk 3 hari trip kali ini. i stay kat Ideal Backpackers Hostel kat Geylang Rd. Not bad untuk mereka yang hanya inginkan tempat tidur budget berbanding dengan hotel-hotel megah yang ada di Singapore. Bayaran untuk satu malam adalah $45 SD. Lepas tu, i keluar untuk mencari kedai makan. Alhamdulillah, ada satu kedai halal di sekitar hostel itu. Selepas itu, untuk tidak membuang masa i terus menaiki SMRT menuju ke tempat yang diistilahkan sebagai Heart Of Singapore which is at Orchard Rd. Wah, sampai gak i kat sane. Takde apa pun actually, just macam bukit bintang je. Shopping Mall yang hebat-hebat banyak la kat situ. Kemudian, i balik hostel and tidur.

Pagi sesudah subuh i keluar and melangkah kaki menuju ke station kallang SMRT. Kemudian membeli tiket ke station Harbour Point. Setibanya di sana, i breakfast dulu, then berjumpa la dengan kawan i, nisa with her mum kat station Harbour Point. Then melangkah kaki ke Vivo Shopping Mall naik ke tingkat 3 untuk menaiki train ke Sentosa Island. Fare dalam $3 SD. Sampai kat Sentosa Island dalam pukul 9am, then jalan-jalan la kt area depan pintu masuk USS sebab dia buka jam 10am. Jam 10am, terus we all serbu masuk ke USS.

Wow, kat dalam USS macam-macam ada. Kalau i nk describe satu-satu apa yang ada kat dalam tu, maknanya, lagi panjang kot post kali ini. Macam ni lah, biarkan ia menjadi satu tanda tanya apa yang ada di dalam itu. Dan kepada mereka yang belum sampai, pergilah selagi mampu. Untuk remaja macam kita ni sangat seronok untuk melihat sesuatu perkara yang tiada di negara kita. Bukan nak membangga sangat pun, tapi sebab sudah diberi peluang melihat dunia, i suka kongsikan juga pengalaman ini kepada mereka yang belum merasainya dan mengajak you all untuk turut sertanya sekali.

I pun lepak la sana smpi 7pm. Kaki masa tu da longgar habis. Skru pun da banyak jatuh masa jalan. Haha.. itu just merupakan perumpamaan yang i betul-betul kepenatan berjalan di sekitar USS yang sangat besar ok. Then i nek SMRT menuju pulang ke hostel. Lepas dok berhias diri, i pun pi dinner kat restoran yang sama and i x larat n berjalan malam tu just terus balik ke hostel.

Esok paginya, i bangun and berkemas bersedia untuk check out. Lepas checkout, i terus ke airport, then simpan bag sebab flight i lama lagi. So, lepas simpan je, i naik cab proceed to Marina Bay. Jalan-jalan la i kat situ tengah hari dimana matahari sangat terik. Dari Marina Bay, i gerak ke Sentosa island balik sebab ade ride yang i nk sangat naik. Hehe. Lepas dah naik, i terus ke airport and lepak je kt departure hall Changi Airport sampai pintu buka. Naik fliht, dan Selamat Pulang kepada warganegara... :)

Kepada mereka yang baca post ini yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan perbelanjaan/penginapan/cadangan/recommend boleh lah komen post ini dan i akan cuba secepat mungkin membalas pertanyaa anda. Apa-apa pun, trip kali ini sangat seronok and i ada pengalaman ke negara orang berseorangan. Next?? mungkin Bali.... :)

me and my kingdom
i xtau patung ape tu

Universal Studio Singapore

Far Far Away Castle

i jadi kanak-kanak jp

nisa's mum, nisa, Frankenstein, me

casino