Monday, May 24

af8

Huh?

Af8 da abes? bila start?

itu perkara yg sedang bermain dimindaku setelah pagi ini membelek artikal di dalam surat khabar Mingguan. Satu artikel menarik perhatian dimana Shahir juara af8. Erk.. knal pun tidak. Sangat berbeza. Dahulu semasa perkembangan Af1 sehingga Af4, aku merupakan peminat setia akademi Fantasi sehingga tidak lepas satu episod konsert malahan juga diari Af.

Tidak lupa juga, semasa musim MAWI, Af3 boleh dikatakan hanya 3 konsert sahaja aku tidak dapat menghadiri ke Stadium Melawati kerana ketika itu aku sedang berada di Muadzam Shah. Bayangkan betapa fantiknya diriku ini terhadap akademi fantasia sampai sangguh ke melihat konsert live di depan mata semusim.

Tetapi kini? bermula selepas era Mila menjadi juara, aku kurang mengikutinya. Konsep pertandingan yg sama membuatkan diriku berasa bosan akan pertandingan realiti ini. Af8, tidak ada seorang pun daripada mereka aku kenal kerana mood untuk melihat rancangan ini sudah tiada. Bukan untuk pelajar sahaja. Pengetua Af8 yg kini di bawah jagaan Norman Abdul Halim juga aku hanya dapat tahu beberapa hari lepas.

Seperti biasa, kegilaan anak-anak gadis kota dan desa kembali berleluasa apabila Shahir yg mungkin bagi mereka mempunyai pakej rupa yg baik menjadi sebutan di dada facebook apabila beliau menjuarai af8 ini. Apa-apa pun, gud luck kepada bintang-bintang ini, dan gunakan platform segala pengalaman pengajian dengan sebaik-baiknya.

No comments: