Sunday, May 23

alahai...


Football Association of Malaysia (FAM) or Fu*k Anak Malaysia?

Itu isu hangat yang ingin dibincangkan pada hari ini. Lagi sekali nafsu kemarahan pasukan-pasukan negeri atau kelab yang menerima dajal daripada persatuan hina ini menambah secara mendadak. Terbaru FAM telah pun menggantung 3 pemain daripada Selangor gara-gara gelagat mereka yg extreme pada perlawanan piala FA yg lepas apabila menentang N9 di Seremban. Juga tidak ketinggalan jurulatih pasukan Selangor juga turut digantung daripada aksi perlawanan Selangor.

Entah la, aku sebagai penyokong setia pasukan The Red Giant xnk berkata apa-apa pun sebab tindak tanduk persatuan ini telah membantutkan mutu perlawanan bola sepak tempatan. Sangat kecewa tetapi keputusan ini mungkin menyebabkan keseronokan berganda buat pasukan-pasukan lain yg akan berentap dengan pasukan Selangor apabila ketiadan 3 tonggak utama pasukan. Semoga kalian berjaya menewaskan Selangor. Hahaha....

Sekadar ingin berkongsi pengalaman, sepanjang aku berada di dalam dunia cyber ini, banyak tohmahan dan kutukan daripada pasukan lain yangmenyatakan Selangor ini merupakan anak emas FAM, gara-gara pengadil selalu mebuat keputusan gembira pada pasukan selangor. Sekarang? terdiam sipu mereka tetapi masih ada lagi yg x puas hati. xpe la, hati batu mmg begitu. Begitu sukar untuk dibentuk. Bukti? boleh lawat page ini.

Sekadar ingin berkongsi tempat untuk meluahkan perasaan penyokong, akan aku sertakan beberapa kutukan pedas kepada persatuan ini;

"sbnrnye Selangor ni mpunyai ramai musuh dlm bola sepak negara,tmsk lah bdan FAM sndri yg mjd pencetus kemarahan rakyat msia ttg bola sepak negara,nk maju mcm manenye... Comittee dlm mbuat kputusan plak org yg bute n xpnh kte nmpk myertai kt bola msia.ape yg diorg ni Paham ttg bola sepak?"

"alaihai FAM, anda nak mjtuh kan liga sendiri...dri dlu bende yg sme x ade perubahan langsung.entah lah malas nk komen ape.tulis pun bkan FAM bace pun kne wt surat rasmi dlu emm.org FAM dengki dgn selangor undang2 berat sebelah. skit hti.ingat x de peyokong FAM x de gji.!"

Banyak lagi yang ingin di post disini, tpi cukup la, xmo post banyak, bukan u all baca pun. Apa-apapun, dengan keputusan ini yg paling penting, Selangor bukan merupakan anak emas FAM.

Malam semalam merupakan ujian pertama anak didikan K.Devan terhadap pasukan yg baru dirombak berikutan ketiadaan tonggak utama. Menentang KL Plus di laman sendiri telah pun mencatatkan kemenangan tipis walaupun pada keseluruhannya aku sangat kecewa dengan persembahan mereka kerana sering mensia-siakan peluang yg terhidang. Mungkin kita perlu beri masa untuk mereka serasi.

Setelah diberi akal untuk berfikir, ini bukan merupakan satu beban atau masalah buat pasukan Selangor. Keputusan FAM telah pun dikeluarkan, jadi tiada perkara yg boleh dilakukan melainkan penyokong sendiri turun padang memberi sokongan kepada pasukan ini. Aku sebagai anak jati menerima keputusan ini dan menyahut mana-mana pasukan yg akan berentap dengan pasukan Selangor dalam tempoh 6 perlawanan ini. Kita akan saksikan satu mutu pasukan bola yang tiada tandingannya dalam sejarah Malaysia.

p/s: mungkin pembaca daripada pasukan lain akan comment post ini dan akan menghentam post ini sekeras-kerasnya. Hehe.. kita tinggu da lihat...

No comments: