Monday, May 17

hadiah buat diri

Assalamualaikum.

pabila tibanya hari jumaat, wajah-wajah kegembiraan akan hadir pada setiap warga kota. Banyak pertanyaan apakah faktor yg menyebabkan wajah-wajah ini hadir. Mungkin, ia merupakan hari terakhir dalam minggu itu untuk bekerja/belajar. Ataupun, sangat gembira bertemu dengan penghulu segala hari. Pelbagai andaian boleh dibuat pada hari yg bernama Jumaat ini.

Juga kegembiraan terpancar diwajahku. Mengapa?
Sesudah solat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC, 2.30pm, terus aku masuk ke panggung wayang TGV menonton IP Man 2 seorang diri.. Cool.. Cerita ini sangat seronok.. Kemudian habis cerita itu, aku terus menunggu jam pada 5.30pm. Mengapa? Satu lagi movie aku tengok yakni Robin Hood juga seorang diri. Pergh... marathon sungguh aku ketika hari ini.

Hadiah ini aku berikan kepada minda dan fizikalku setelah penat seminggu bermati-matian mengadap laptop yg comel ini. out dulu

No comments: