Salam Sejahtera...
Hari Sabtu menjelma jua. Pada hari khamis, aku sibuk berhempas pulas paper terakhir untuk semester ini, dan kemudian pada malamnya, sibuk dengan aktiviti diraja. Hari Jumaat pula sibuk dengan peperangan di medan tempur kemudian, Sabtu muncul dengan aktiviti riadah untuk merehatkan minda dan juga fizikal.
Aku, Panjang, Pali, Naz, Abe, Ada dan juga Asi berkumpul seawal jam 8.30am dari pusat tengah-tengah dunia, BMI menuju ke Ulu Yam sebagai destinasi riadah kami pada hari itu. Tiada makan-makan mewah disediakan cuma beberapa botol Barbican dan juga keropok-keropok segera menjadi juadah hidangan kami tatkala kesejukan air pagi.
Dari hulu ke hilir, dari cetek ke dalam, dari perlahan ke laju semua tempat sudah kami merasai. Aktiviti ini bertahan hanya 2 jam sehingga jam 1 pm apabila kami terpaksa pulang bagi mengerjakan sesuatu perkara wajib dengan lebih tenang di pusat tengah-tengah dunia. Akhir sekali kepada mereka yg ingin ke sini, P3 adalah destinasi menarik untuk berpicnic bersama teman ataupun juga family. Selamat beramal...
model sambilan di tepi sungai
1 comment:
bestye dpt mandi sungai..
dalme tak rse kenikmatan picnic kat sungai..
nanti,nak cri 1 hr g picnic kat tepi sungai la...
Post a Comment