salam...
sebenarnya cerita yang ingin dikongsikan di dalam post ini sudah lama berlalu. tapi disebabkan masa ku yang sangat terhad ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti dan tanggungjawab yg erlu dilaksana, maka tidak dapat untuk aku bercerita dengan lebih lanjut apakah yg berlaku untuk akitiviti post ini.
seperti biasa, kali ini aku dipilih untuk menjadi orientation committee yang kini ditukar kepada fasilitator. untuk portfolio kali ini, aku ditugaskan menjadi ketua mentor kepada satu group yakni al-battani daripada pelajar degree in medical electronics. alhamdulillah, segala amanah telah diselesaikan dengan baik. tapi aku tidak mengetahui apakah mereka gembira dengan cara yang aku lakukan semasa aku 'memerintah' mereka.
apa-apa pun, tema love for all yang pada mulanya agak janggal kerana menampakkan diri ini tidak semacho rakan-rakan yang lain tetapi jika kita mengkaji dengan lebih dalam, tema ini sangat luas dan aku sangat bersyukur utk berada didalam tema ini.
seperti biasa, tidak semua perkara berjalan dengan lancar. kadang-kadang tuhan ingin menguji kita. adakala, aku berasa tertekan dengan tindak-tanduk sahabat seperjuangan tetapi jika kita memikirkan dari sudut yang positif, aku yakin, semua perkara yang akan kita lalui, kita akan hadapi dengan lebih mudah. mudah-mudahan...
aku tidak berniat untuk bercerita dengan lebih panjang, tidak dapat untuk aku menceritakan setiap detik yang berlaku selama satu minggu itu. biarlah ia tersirat di dalam hati menjadi pengalaman dan kenangan indah di dalam hidup di muka bumi ini. untuk sahabat-sahabat freshie dalam group al-battani, ikhlas jauh disudut hati, aku sangat gembira dapat menjaga kalian walaupun ada dikalangan anda mempunyai pelbagai kerenah. minta maaf sekiranya diri ini gagal menggembirakan hati kalian ketika aku 'memerintah' group mentor ini.
aku mendoakan kalian berjaya untuk menamatkan ijazah dengan jayanya walaupun aku sendiri tahu akan perasaan kalian mengenai BMI. :)
thinks positive and everything will run smoothly... believe me...
sebelum aku mengundur diri, aku ingin kongsikan beberapa cebisan kenangan untuk dikongikan bersama di dalam post ini.
LOVE FOR ALL
-al battani-
3 comments:
tahniah...
like this post :) hidup battani.
Post a Comment