Assalamualaikum
Post ini hanya sekadar luahan hati.
Isnin lepas, aku sangat berasa kesal kerana objektif pertemuan ini tidak berjaya dek pelbagai masalah teknikal dan juga kesalahan kami sendiri. Jelas, kami belum bersedia untuk menjawab soalan-soalan pedas kalian. Apa-apa pun, rakan-rakan sekalian, kami hanya seorang manusia, yang juga melakukan kesilapan. Jangan terus menghukum kami dek kerana kesalahan kami. Apalah salahnya kalian memberi kami peluang untuk berkhidmat mewakili anda.
Ya, mungkin secara teorinya, kami dilantik dikalangan orang atas dan bukan dari kalangan siswa. Tetapi, niat kami sama, ingin memperjuangkan suara pelajar. Jika awal-awal lagi kami tidak mendapat sokongan kalian, hampir pasti, kita sebagai golongan student akan lebih mudah ditindas oleh pihak management.
Rakan-rakan sekalian, simpan kritikan anda. koleksi pahala kami bertambah dek carutan kalian. Kami telah mendengar puluhan komen/kritikan/kutukan yang sangat hina, kami akui semua kelemahan kami. Tetapi, percayalah, kami juga cuba untuk membuktikan sesuatu. Ingatlah janji Tuhan, sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hanya menunggu..
Ketika ini, aku sedang bingung. Dalam dilema untuk memilih mana satu yang betul. Aku lemah, aku menadah tangan memohon petunjukMu, berilah ku kekuatan untuk melaluinya. Kawan-kawan, bantulah kami. beri kami sedikit masa.
Insya Allah,
1 comment:
you have my support! don't worry, I'll be there when you need to talk to. (cet, bjet cam ak org pnting kn? XD)
fight for us!
Post a Comment