Tuesday, August 3

selangor juara lagi

salam
Buat 2 tahun berturut-turut, Selangor sekali lagi membuktikan kejagoaan mereka selaku The Red Giants apabila berjaya merangkul Piala Liga Super pada siri 2010 ini. Aku tidak terlepas akan aktiviti ini apabila aku sendiri berada antara puluhan ribu penyokong di stadium keramat negeri Selangor.

Menakjubkan dan sangat menggembirakan. Itu sahaja ungkapan yang keluar dari mulut. WOW!!
Pada ketika itu, Selangor menamatkan tanda tanya semua pihak apabila berjaya menundukkan pasukan Terengganu di Stadium Shah Alam dengan jaringan 2-0.

Dengan kemenangan ini, Selangor menjarakkan pungutan mata sebanyak 5 apabila perlawanan masih lagi berbaki dengan 1 satu perlawanan. Pasukan yang paling kecewa sudah pasti Kelantan apabila gagal menyekat kehebatan pasukan negeri ini walaupun mereka sangat terkenal dengan pasukan yang sangat konsisten dan mempunyai penyokong yg sangat ramai pada perlawanan-perlawanan mereka.

Aku sebagai penykong setia Selangor tidak mahu berkata apa-apa lagi, super league sudah tamat, dan Piala Malaysia akan menjadi pertaruhan terakhir untuk setiap pasukan yang bertanding. Good Luck kepada setiap pasukan yang bertanding dan aku sebagai penyokong Selangor akan memberi sokongan supaya Piala Malaysia akan pulang ke Negeri Selangor pada tahun ini.

gelagat penyokong ketika tamat perlawanan

antara penyokong setia

puluhan ribu penyokong selangor

ketika meraikan kejayaan

p/s: credit gambar kepada facebook Selangor fanatik