Saturday, August 14

kelab unik

Assalamualaikum
Post kali ini berkaitan dengan The Scholars Club UniKL BMI. Ramai di antara kita khususnya pelajar UniKL BMI sendiri tidak tahu akan kewujudan club ini dimana ia merupakan satu jawatankuasa student dan juga Resource Center (RC). Oleh hal yang demikian, pada hari Selasa yg lepas, yakni bersamaan dengan 9 August 2010, The Scholars Club telah pun mengadakan AGM yg pertama untuk tahun ini bagi membubarkan jawatankuasa yang lama seterusnya melantik jawatankuasa baru untuk sesi 2010/2011.
ketika AGM
Kehadiranku di dalam AGM ini adalah jemputan/rayuan daripada sahabat perjuangan yakni saudara Hafizan sendiri. Jadi dengan perasaan yang senyum aku merajinkan diri untuk menghadiri AGM ini. Niat kehadiranku sudah pun tertulis  yakni aku tidak ingin memegang apa-apa jawatan di dalam kelab ini. Bukan ingin merendahkan martabat kelab ini, akan tetapi aku sudah penat ingin memegang apa-apa jawatan di dalam kelab-kelab di BMI.
sebelum AGM
Orang kata kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Akhirnya, aku menerima jawatan sebagai Biro Ekonomi untuk AGM kali ini. Hmm.. pe leh buat, org da nk lantik, kita terima sahaja amanah dan tanggungjawab ini. Pun bagaimana walau, aku tetap bersemangat untuk memajukan kelab ini kerana kelab ini sangat unik, tidak sama seperti kelab2 lain yang ada di BMI. Apekah keistimewaan kelab ini? ntah, aku pun xtau sebenarnya. haha...
antara juadah
Apa-apa pun, bersama-samalah kita membantu meningkatkan martabat mutu keunggulan kelab ini.

No comments: