Pada weekend yang lepas tatkala warga kota sibuk dengan PC Fair yang gah menguasai minda warga kota, tetapi, kami seramai 10 orang dengan nawaitu yang berbeza terpaksa menghadiri kursus ataupun kem yang dinamakan Kem Kepimpinan Terarah anjuran 3 jawatankuasa berbeza iaitu UniKL, Aspirasi dan juga BTN. 10 sahabat yang dimaksudkan itu adalah, aku, syukri, rabie, syahla, fatin, iezrah, syazwan, hafizan, hasif dan najwa.
bersuka-ria sebelum bertolak
wajah ketika berkursus
Overall pada pendapat diri ini, aku sangat gembira dapat menyertai kem ini walau pada mulanya hati ini berasa berat untuk pergi pabila mendengar 3 huruf yang agak merimaskan yakni BTN. Destinasi kami untuk kursus ini adalah di Kem Bina Negara Alor Gajah Melaka. Wow, itu ungkapan yang ingin diluahkan berhubung dengan fasilities yang ada di tempat ini. Kami sangat selesa berada di sini. pemimpin dari kampus lain
perjalanan ke khidmat masyarakat
Bertolak seawal jam 8.30am dari BMI menuju ke City Campus dan kemudian naik bas di sana menuju ke Kem Bina Negara Alor Gajah. Setibanya di sana, taklimat awal diberikan dan kumpulan untuk 3 hari ini dibahagikan. Pada malamnya, aku sangat seronok kerana dapat mendengar sekali lagi ucapan daripada Dato' Adham Baba juga merupakan Chairman of UniKL. Ucapan yang diungkapkan sangat menarik perhatian.nenek yg sporting
group kami
Pada keesokan pagi, bermulanya aktiviti ceramah sehingga tengah hari. Selepas itu, aktiviti khidmat masyarakat menjadi juadah bagi kami untuk kali ini. Sangat seronok sehingga diriku ini menitiskan air mata. Kumpulan kami, (ali rustam) telah pun melakukan khidmat masyarakat di rumah nenek tua. Banyak aktiviti yang dilakukan di sana disamping, mengemas rumah, menyapu sampah dan yang mencuit hati, kami terpaksa melakukan aktiviti membaiki paip. Akan ku kenang pengalaman ini sehingga akhir hayat.jungle trekking
merehatkan diri di tgh hutan
Pada keesokan hari, pagi merupakan aktiviti kembara jungle trekking. Perjalanan ini mengambil masa 1 jam perjalanan. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai tanpa sesat. Dan kemudian diikuti dengan permainan kembara minda yang sangat keletihan. Pun bagaimana walau, tugas ini berjaya di siapkan.gelagat kembara minda
Setiap pertemuan akan berkakhir dengan perpisahan, oleh itu, inilah saat yang agak sedih untuk meninggalkan sahabat daripada kampus-kampus yang berbeza. Tetapi perasaan untuk pulang ke kampus untuk berkhidmat kepada pelajar di BMI sangat kuat setelah selama 3 hari aku menuntut ilmu yang sangat berguna untuk agama, bangsa dan negara.
1 comment:
BTN untuk Akid, Akid untuk BTN haha
Post a Comment