Tuesday, August 31

Salam Merdeka


Blog -:syazwan akid:-
ingin mengucapkan 
Salam Kemerdekaan
kepada seluruh
warga Malaysia
dan pembaca blog setia
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 27

hati itu berkata

Assalamualaikum
Post ini hanya sekadar luahan hati.

Isnin lepas, aku sangat berasa kesal kerana objektif pertemuan ini tidak berjaya dek pelbagai masalah teknikal dan juga kesalahan kami sendiri. Jelas, kami belum bersedia untuk menjawab soalan-soalan pedas kalian. Apa-apa pun, rakan-rakan sekalian, kami hanya seorang manusia, yang juga melakukan kesilapan. Jangan terus menghukum kami dek kerana kesalahan kami. Apalah salahnya kalian memberi kami peluang untuk berkhidmat mewakili anda.

Ya, mungkin secara teorinya, kami dilantik dikalangan orang atas dan bukan dari kalangan siswa. Tetapi, niat kami sama, ingin memperjuangkan suara pelajar. Jika awal-awal lagi kami tidak mendapat sokongan kalian, hampir pasti, kita sebagai golongan student akan lebih mudah ditindas oleh pihak management.

Rakan-rakan sekalian, simpan kritikan anda. koleksi pahala kami bertambah dek carutan kalian. Kami telah mendengar puluhan komen/kritikan/kutukan yang sangat hina, kami akui semua kelemahan kami. Tetapi, percayalah, kami juga cuba untuk membuktikan sesuatu. Ingatlah janji Tuhan, sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hanya menunggu..

Ketika ini, aku sedang bingung. Dalam dilema untuk memilih mana satu yang betul. Aku lemah, aku menadah tangan memohon petunjukMu, berilah ku kekuatan untuk melaluinya. Kawan-kawan, bantulah kami. beri kami sedikit masa.
Insya Allah,

Wednesday, August 18

video best

video
salam,
video ni de org bagi. 
sangat sweet kalau kita menghayati.
just nk wish thanks kat pemberi video ini.
anda telah menyedarkan saya. :)

Saturday, August 14

orang kedua

 anda kenal dengan pemimpin-pemimpin ini?
 apakah kaitannya..?







 



semua diatas adalah pemimpin yg pernah memegang tampok orang kedua negara
jadi, apakah kaitan dengan diriku?
kini, aku memegang jawatan
Timbalan Presiden JPM
UniKL BMI
sesi 2010

kelab unik

Assalamualaikum
Post kali ini berkaitan dengan The Scholars Club UniKL BMI. Ramai di antara kita khususnya pelajar UniKL BMI sendiri tidak tahu akan kewujudan club ini dimana ia merupakan satu jawatankuasa student dan juga Resource Center (RC). Oleh hal yang demikian, pada hari Selasa yg lepas, yakni bersamaan dengan 9 August 2010, The Scholars Club telah pun mengadakan AGM yg pertama untuk tahun ini bagi membubarkan jawatankuasa yang lama seterusnya melantik jawatankuasa baru untuk sesi 2010/2011.
ketika AGM
Kehadiranku di dalam AGM ini adalah jemputan/rayuan daripada sahabat perjuangan yakni saudara Hafizan sendiri. Jadi dengan perasaan yang senyum aku merajinkan diri untuk menghadiri AGM ini. Niat kehadiranku sudah pun tertulis  yakni aku tidak ingin memegang apa-apa jawatan di dalam kelab ini. Bukan ingin merendahkan martabat kelab ini, akan tetapi aku sudah penat ingin memegang apa-apa jawatan di dalam kelab-kelab di BMI.
sebelum AGM
Orang kata kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Akhirnya, aku menerima jawatan sebagai Biro Ekonomi untuk AGM kali ini. Hmm.. pe leh buat, org da nk lantik, kita terima sahaja amanah dan tanggungjawab ini. Pun bagaimana walau, aku tetap bersemangat untuk memajukan kelab ini kerana kelab ini sangat unik, tidak sama seperti kelab2 lain yang ada di BMI. Apekah keistimewaan kelab ini? ntah, aku pun xtau sebenarnya. haha...
antara juadah
Apa-apa pun, bersama-samalah kita membantu meningkatkan martabat mutu keunggulan kelab ini.

Thursday, August 12

malam itu kami makan

Salam.
Hari kejadian merupakan pada Isnin malam Selasa bertempat di Restoran Arab Saba, Setiawangsa.
Agenda utama pada hari ini merupakan makan malam welcoming kepada JPM baru dan appreciation kepada JPM lama bersama dekan tercinta. Berkumpul seawal jam 7.45pm di foyer perempuan dan kemudian bas gerak ke destinasi.
wajah-wajah pemimpin
Di sana, kami dijuadahkan dengan nasi arab yg sangat menghairahkan dan juga bersama air yang sangat diminati oleh aku yakni Barbican. Disaping itu, sedikit protokol ucapan juga diselitkan dalam aktiviti ini dan penyampaian cenderamata dan juga sijil perlantikan kepada jawatankuasa baru.
wajah-wajah puteri
Kepada yang telah dilantik, jalankan amanah dan tanggungjawab kalian dengan sebaik-baiknya. Biarpun ini merupakan kerajaan sementara, tetapi apabila ia telah diisytiharkan sebagai kerajaan, kalian perlu juga melakukan kerja dengan baik.
makan free jgn ditolak
Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat perjuangan di kampus UniKL BMI, terimalah kami sebahagian daripada anda walaupun pada asasnya, kami tahu kami bukan pilihan anda. Sebagai penutup bicara pada post ini, 'pimpinlah kami untuk memimpin kalian'.
 wajah-wajah org lama
 fatin bersama barbican

Wednesday, August 11

UniKL - BTN

Assalamualaikum
Pada weekend yang lepas tatkala warga kota sibuk dengan PC Fair yang gah menguasai minda warga kota, tetapi, kami seramai 10 orang dengan nawaitu yang berbeza terpaksa menghadiri kursus ataupun kem yang dinamakan Kem Kepimpinan Terarah anjuran 3 jawatankuasa berbeza iaitu UniKL, Aspirasi dan juga BTN. 10 sahabat yang dimaksudkan itu adalah, aku, syukri, rabie, syahla, fatin, iezrah, syazwan, hafizan, hasif dan najwa.
 bersuka-ria sebelum bertolak
 wajah ketika berkursus
Overall pada pendapat diri ini, aku sangat gembira dapat menyertai kem ini walau pada mulanya hati ini berasa berat untuk pergi pabila mendengar 3 huruf yang agak merimaskan yakni BTN. Destinasi kami untuk kursus ini adalah di Kem Bina Negara Alor Gajah Melaka. Wow, itu ungkapan yang ingin diluahkan berhubung dengan fasilities yang ada di tempat ini. Kami sangat selesa berada di sini.
 pemimpin dari kampus lain
 perjalanan ke khidmat masyarakat
Bertolak seawal jam 8.30am dari BMI menuju ke City Campus dan kemudian naik bas di sana menuju ke Kem Bina Negara Alor Gajah. Setibanya di sana, taklimat awal diberikan dan kumpulan untuk 3 hari ini dibahagikan. Pada malamnya, aku sangat seronok kerana dapat mendengar sekali lagi ucapan daripada Dato' Adham Baba juga merupakan Chairman of UniKL. Ucapan yang diungkapkan sangat menarik perhatian.
nenek yg sporting
 group kami
Pada keesokan pagi, bermulanya aktiviti ceramah sehingga tengah hari. Selepas itu, aktiviti khidmat masyarakat menjadi juadah bagi kami untuk kali ini. Sangat seronok sehingga diriku ini menitiskan air mata. Kumpulan kami, (ali rustam) telah pun melakukan khidmat masyarakat di rumah nenek tua. Banyak aktiviti yang dilakukan di sana disamping, mengemas rumah, menyapu sampah dan yang mencuit hati, kami terpaksa melakukan aktiviti membaiki paip. Akan ku kenang pengalaman ini sehingga akhir hayat.
jungle trekking
 merehatkan diri di tgh hutan
Pada keesokan hari, pagi merupakan aktiviti kembara jungle trekking. Perjalanan ini mengambil masa 1 jam perjalanan. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai tanpa sesat. Dan kemudian diikuti dengan permainan kembara minda yang sangat keletihan. Pun bagaimana walau, tugas ini berjaya di siapkan.
gelagat kembara minda
Setiap pertemuan akan berkakhir dengan perpisahan, oleh itu, inilah saat yang agak sedih untuk meninggalkan sahabat daripada kampus-kampus yang berbeza. Tetapi perasaan untuk pulang ke kampus untuk berkhidmat kepada pelajar di BMI sangat kuat setelah selama 3 hari aku menuntut ilmu yang sangat berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Thursday, August 5

booooling

Assalamualaikum.
Hari: Rabu
Tarikh:4 August 2010

Hari ini merupakan antara hari yg seronok buat diriku. Ditengah-tengah minggu aku bersama sahabat melakukan aktiviti yang sekian lama sudah kami tidak lakukan bersama yani bermain bowling secara berjemaah. Untuk aktiviti kali ini, bukan hanya kami berlima seperti sediakala, malah kami dapat berkumpul seramai 12 org untuk aktiviti kali ini.

Peserta atau pemain untuk kali ini bukan calang-calang orang. Mereka sangat hebat. Akan tetapi kehebatan mereka belum mampu untuk mengatasi jatuhan pin ku yang masih lagi tidak berapa tinggi. Seperti biasa, venue pilihan kali ini adalah Wangsa Walk Bowl. Seronok, itu sahaja ungkapan yang ingin dikongsi untuk hari ini. Semoga event-event mengejut seperti ini akan dilakukan lagi untuk masa hadapan.

Untuk makluman umum, jatuhan pin untuk diriku semasa game tadi adalah 1st game 193 dan 2nd game 147. Sebagai hiburan, nikmati foto-foto dibawah.. :)
mata utk game pertama

diriku masih berbaju semi formal

aksi ketika beraksi

wajah-wajah kepenatan

aksi candid

Tuesday, August 3

selangor juara lagi

salam
Buat 2 tahun berturut-turut, Selangor sekali lagi membuktikan kejagoaan mereka selaku The Red Giants apabila berjaya merangkul Piala Liga Super pada siri 2010 ini. Aku tidak terlepas akan aktiviti ini apabila aku sendiri berada antara puluhan ribu penyokong di stadium keramat negeri Selangor.

Menakjubkan dan sangat menggembirakan. Itu sahaja ungkapan yang keluar dari mulut. WOW!!
Pada ketika itu, Selangor menamatkan tanda tanya semua pihak apabila berjaya menundukkan pasukan Terengganu di Stadium Shah Alam dengan jaringan 2-0.

Dengan kemenangan ini, Selangor menjarakkan pungutan mata sebanyak 5 apabila perlawanan masih lagi berbaki dengan 1 satu perlawanan. Pasukan yang paling kecewa sudah pasti Kelantan apabila gagal menyekat kehebatan pasukan negeri ini walaupun mereka sangat terkenal dengan pasukan yang sangat konsisten dan mempunyai penyokong yg sangat ramai pada perlawanan-perlawanan mereka.

Aku sebagai penykong setia Selangor tidak mahu berkata apa-apa lagi, super league sudah tamat, dan Piala Malaysia akan menjadi pertaruhan terakhir untuk setiap pasukan yang bertanding. Good Luck kepada setiap pasukan yang bertanding dan aku sebagai penyokong Selangor akan memberi sokongan supaya Piala Malaysia akan pulang ke Negeri Selangor pada tahun ini.

gelagat penyokong ketika tamat perlawanan

antara penyokong setia

puluhan ribu penyokong selangor

ketika meraikan kejayaan

p/s: credit gambar kepada facebook Selangor fanatik

cerita orientasi

salam...
sebenarnya cerita yang ingin dikongsikan di dalam post ini sudah lama berlalu. tapi disebabkan masa ku yang sangat terhad ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti dan tanggungjawab yg erlu dilaksana, maka tidak dapat untuk aku bercerita dengan lebih lanjut apakah yg berlaku untuk akitiviti post ini.

seperti biasa, kali ini aku dipilih untuk menjadi orientation committee yang kini ditukar kepada fasilitator. untuk portfolio kali ini, aku ditugaskan menjadi ketua mentor kepada satu group yakni al-battani daripada pelajar degree in medical electronics. alhamdulillah, segala amanah telah diselesaikan dengan baik. tapi aku tidak mengetahui apakah mereka gembira dengan cara yang aku lakukan semasa aku 'memerintah' mereka.

apa-apa pun, tema love for all yang pada mulanya agak janggal kerana menampakkan diri ini tidak semacho rakan-rakan yang lain tetapi jika kita mengkaji dengan lebih dalam, tema ini sangat luas dan aku sangat bersyukur utk berada didalam tema ini.

seperti biasa, tidak semua perkara berjalan dengan lancar. kadang-kadang tuhan ingin menguji kita. adakala, aku berasa tertekan dengan tindak-tanduk sahabat seperjuangan tetapi jika kita memikirkan dari sudut yang positif, aku yakin, semua perkara yang akan kita lalui, kita akan hadapi dengan lebih mudah. mudah-mudahan...

aku tidak berniat untuk bercerita dengan lebih panjang, tidak dapat untuk aku menceritakan setiap detik yang berlaku selama satu minggu itu. biarlah ia tersirat di dalam hati menjadi pengalaman dan kenangan indah di dalam hidup di muka bumi ini. untuk sahabat-sahabat freshie dalam group al-battani, ikhlas jauh disudut hati, aku sangat gembira dapat menjaga kalian walaupun ada dikalangan anda mempunyai pelbagai kerenah. minta maaf sekiranya diri ini gagal menggembirakan hati kalian ketika aku 'memerintah' group mentor ini.

aku mendoakan kalian berjaya untuk menamatkan ijazah dengan jayanya walaupun aku sendiri tahu akan perasaan kalian mengenai BMI. :)
thinks positive and everything will run smoothly... believe me...

sebelum aku mengundur diri, aku ingin kongsikan beberapa cebisan kenangan untuk dikongikan bersama di dalam post ini.

LOVE FOR ALL
-al battani-


aktiviti riadah ptg

penjual air berjaya


gelagat freshie

ketika menyanyikan lagu

kerenah pelajar kita

slot jemaah

mangsa kekejaman wanita

kek kami

fasi pun nk bergaya

jgn gosip pape ek

terbang tinggi

practice dikir jam 3am

wajah2 kegembiraan

love for all

aktiviti pemulangan hp