Saturday, May 9

sambutan merdeka

Assalamualaikum.
Hari kejadian : Jumaat 9/5/09

Hari ini merupakan hari kemerdekaan bagi sebilangan kecil pelajar UniKL BMI kerana hari ini merupakan berakhirnya peperiksaan akhir semester ini. So, apabila paper da habis, kena lar merancang sesuatu aktiviti. Oleh hal yg demikian, kami pun merancang untuk ke Sunway Pyramid bermain Ice Skating. Agak lama diri ini tidak menjejakkan kaki ke atas jalanan ais. (excited)

So, pengembaraan kami bermula selepas selesai solat Jumaat. Dalam perancangan seramai 10 orang dijangka untuk menyertai aktiviti ini akan tetapi disebabkan masalah-masalah kecemasan hanya 6 orang sahaja yang berjaya meneruskan aktiviti ini. Dari BMI, kami menaiki kereta panjang.
































Di seat hadapan, panjang bersama pali, seat belakang kid, naz, ada n timah. Bayangkan 4 orang terpaksa berhimpit didalam kereta itu.
Mentang-mentang diriku ini adalah insan paling kecil, mereka letakkan diriku sebagai penumpang yg terpaksa untuk tidak duduk dalam keadaan selesa.


Tetapi itu bukan satu masalah kerana perasaan gembira setelah habis peperiksaan menyelubungi diri ini. Destinasi pertama kami adalah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pali terpaksa singgah disini sebentar untuk mengambil menghantar sampel darah
untuk ujian tertentu. Selepas itu, kami ke Kg Baru untuk menghantar Naz ke rumah abangnya.

So, selepas menghantar Naz, ruang belakang kereta akhirnya luas
apabila kid, ada dan timah sahaja yang berada di seat belakang. Destinasi seterusnya ke Mid Valley.


Tujuan ke tempat itu adalah untuk pick up kawan pali untuk join aktiviti skating ini.
Huhu.. So, bilangan penumpang kembali bertambah.
Diriku ini duduk bersama-sama 3 puteri di belakang. Hik2..


Smpai di sana kami pun menunaikan kewajipan Solat Asar then makan di Wendy's.
After that, berskating lar kami disana. Disini juga kid sertakan skali antara gambar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan umum.
Sori, sebab gambar skating x banyak, bukan apa, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam kawasan skating.
So, malas nk bergaduh ngan mamat trainer, kami pun just concentrate untuk bermain skating ini. Lalalala...

No comments: