Sunday, May 9

tembak-tembak olok-olok

Salam 1 Malaysia.

Tarikh: 7 May 2010
Jam: 10am
Tempat: Dusun Ali

Aktiviti selepas final bersambung lagi. Selepas malam sebelumnya, kami mengadakan makan besar di The Castle, Jalan Damai, KL, kini keesokannya pula kami menikmati satu aktiviti sukan extreme sebagai hadiah kepada diri kami setelah 2 minggu menyiksa mental final exam. Aktiviti bermula pada jam 10am. Kemudian diikuti breakfast di kedai awe dan kemudiaanya, destinasi dusun ali menjadi tempat pertemuan. 10 orang askar telah pun di rekrut untuk misi kali ini.
  • Jeneral Akid
  • Leftenan Jeneral G
  • Major Jeneral Jang
  • Brigadier Jeneral Fadhli
  • Kolonel Safuan
  • Leftenan Kolonel Hafiz
  • Major Syafiq
  • Kapten Zahir
  • Leftenan Pali
  • Leftenan Muda Naz
Dan Field Marshal kali ini adalah Abg Azrai. Aktiviti kali ini sangat mengiburkan dan mencabar serta sangat memenatkan juga menyakitkan. Kepada mereka diluar sana yg terfikir-fikir akan aktiviti yg seronok, aku mencadangkan join permainan ini.

Peperangan berlaku di medan tempur 5 on 5 sebanyak 3 set. Pergh nmpak 3 set macam sikit, tpi medan tempur sangat mencabar. Bukan sekadar padang rata di padang pasir Iraq, akan tetapi suasana peperangan seperti di Hutan Hujan Khatulistiwa, ade ke? haha.. lantak la. Juga ingin menambah, permukaan medan tempur bukan 180 darjah tetapi kita akan bertempur dengan medan 130 darjah. Sangat memenatkan.

Apa-apa pun, segala dendam selama satu sem bersama ahli rumah sudah terlerai di medan tempur ni. Ikuti gambar-gambar kenangan di bawah.. :)


kedaan medan tempur


Gaya sebelum bertempur


Tugu Negara ke2


Setelah penat bertempur

1 comment:

hafiz said...

fuyoh!!aku dapat pengiktirafan dari akid tu..leftenen kolonel tu..3 calit kat bahu aku ni..huhuhuhu