Thursday, August 12

malam itu kami makan

Salam.
Hari kejadian merupakan pada Isnin malam Selasa bertempat di Restoran Arab Saba, Setiawangsa.
Agenda utama pada hari ini merupakan makan malam welcoming kepada JPM baru dan appreciation kepada JPM lama bersama dekan tercinta. Berkumpul seawal jam 7.45pm di foyer perempuan dan kemudian bas gerak ke destinasi.
wajah-wajah pemimpin
Di sana, kami dijuadahkan dengan nasi arab yg sangat menghairahkan dan juga bersama air yang sangat diminati oleh aku yakni Barbican. Disaping itu, sedikit protokol ucapan juga diselitkan dalam aktiviti ini dan penyampaian cenderamata dan juga sijil perlantikan kepada jawatankuasa baru.
wajah-wajah puteri
Kepada yang telah dilantik, jalankan amanah dan tanggungjawab kalian dengan sebaik-baiknya. Biarpun ini merupakan kerajaan sementara, tetapi apabila ia telah diisytiharkan sebagai kerajaan, kalian perlu juga melakukan kerja dengan baik.
makan free jgn ditolak
Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat perjuangan di kampus UniKL BMI, terimalah kami sebahagian daripada anda walaupun pada asasnya, kami tahu kami bukan pilihan anda. Sebagai penutup bicara pada post ini, 'pimpinlah kami untuk memimpin kalian'.
 wajah-wajah org lama
 fatin bersama barbican