Saturday, November 27

lucky 5555 contest


Are You The Lucky One? Come on, grab it!
lucky 5555 visitors contest
Currently the number is 5093 (27/11/10 12.38am)
Currently the number is 5221 (27/11/10 12.38pm)
:: instruction ::
  • Just take a picture of 5555 at the right top of this blog which is -: penjaga pelawat :-
  • Then, send ur picture to this email
  • Sometimes, overlapping happen to this counter. So, the first lucky one to send the pic will be awarded.
  • The prize is RM 55.55
  • Share to ur friends if you want this counter run quickly

Friday, November 26

insiden ktm btu 3

As Salam..
Jam menunjukkan 0027 ketika aku memulakan sesi menaip post ini. Untuk post kali ini, aku hanya ingin berkongsi pengalaman di sebuah stesen KTM Komuter Batu 3. Ketika ttu waktu petang. Tetapi, sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, just nk share dengan u all, sejarah ktm komuter ini.

KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan dilengkapi penyaman udara.

Bayangkan kawan-kawan sekarang kita berada pada tahun 2010. Sudah hampir 15 tahun penubuhan ktm komuter ini di negara kita. Satu insiden yang ingin dikongsikan disini adalah, masih ada lagi rakyat malaysia yang tidak atau jarang menggunakan khidmat pengangkutan awam ini. Dan jika mereka belum pernah menaiki perkhidmatan ini sudah tentu mereka tidak tahu untuk menggunakan mesin tiket yang diletakkan dikesemua stesen ktm.
mesin tiket yang dimaksudkan
Nak dijadikan cerita, aku ketika itu sedang menunggu seseorang untuk pulang kerumah. Sambil aku duduk memerhati gelagat orang ramai yang beru turun dari teksi terus menuju ke mesin tiket ini untuk membeli tiket. Ada seorang hamba Allah ini, yang berusia 30-an, tidak tahu menggunakan mesin ini. Beliau pun dengan wajah selamba, mencari destinasi tempat yang ingin beliau tuju. Selepas tekan, die tunggu. Aku pun memerhati, Die tunggu, sambil wajahnya melihat screen LED. Adalah kot dalam 2 minit dia tunggu. Selepas itu, aku tergelak keseorangan memerhati gelagat orang itu. Yang orang beratur belakang die pun x kata pape. Tunggu macam xde pape berlaku. Agak kesian orang itu terkial-kial xtau menggunakan mesin itu.

Ea la, melihat dari setiap sudut wajah, mmg orang tempatan, kalau mat saleh yang guna mesin tu agak logic kalau mereka tidak tahu menggunakan mesin ini. Aku cuba berfikiran positf, mungkin orang ini baru tiba di KL, dan berasal dari kawasan pendalaman. Niat nak membantu, tapi, orang belakang beliau yang sedang menunggu lama mungkin dan naik 'hot' pada mamat ni, so, die terus tekan butang adult pada mesin tu sambil tersenyum sengih. Kemudian, barulah mamat tadi memasukkan wang kertas kedalam mesin itu.
orang ramai Q
Disebabkan hal ini, penuh orang beratur untuk membeli tiket dek mamat ni tadi. Aku ade gambar die, tapi demi menjaga air muka, aku x mahu 'drop water face' kn muka die. So, kepada mereka yang diluar sana atau mungkin ada pembaca dari Sabah dan Sarawak yang tidak pernah datang ke semenanjung, kalau kalian ingin menggunakan mesin tiket ini, janganlah segan silu untuk bertanya orang disekeliling anda. Malu Bertanya Sesat Jalan. Kalau masih ada orang KL yang x pernah menggunakan perkhidmatan ini, meh nk ajar;
  • pilih destinasi stesen yang ingin ditujui
  • selepas itu, tekan sama ada penumpang itu dewasa ataupun kanak-kanak
  • jika ingin menambah bilangan tiket, tekan tambah dan ulang balik proses 1 dan 2.
  • kalau xmo tambah, selepas proses 1 dan 2, tengok la price harga tiket kat screen dan masukkan wang mengikut harga yang dipaparkan. Kalau masuk duit kertas, make sure, rapatkan duit kertas anda ke sebelah kiri dan jangan ada lipatan
  • lepas itu, boleh la ambil tiket di sebelah bawah kanan dan baki wang jika ada.
  • mudah
Oleh hal yang demikian, gunakan perkhidmatan ini dengan sebaiknya.
:: credit pic idd ::

Thursday, November 25

pasport malaysia

 Assalamualaikum.
Untuk post kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku membuat passport Malaysia. Almaklum, ini merupakan passport pertama aku. Sudah seusia 21 tahun baru dapat memiliki passport sendiri, sebelum ini, melancong ke luar negara hanya menggunakan passport berkumpulan. Kini, aku sudah memiliki passport sendiri dan ini menjadi tiket untuk aku melancong ke mana-mana tempat yang diingini. wow.

borang permohonan
Cerita bermula pada hari Rabu, 24/11/2010 di Pejabat Imegresen Shah Alam. Aku tiba di pejabat ini tepat jam 7.30am. Ketibaanku, sudah disambut dengan Q yang tidak terlalu ramai mungkin hanya terdapat 7 atau 8 org dihadapanku. Alhamdulillah, borang sudah siap diisi sebelum tiba kerana aku membawa pulang borang permohonan ke rumah untuk diisi dahulu. Hal ini kerana, untuk mengambil nombor giliran, borang hijau perlu siap diisi. jam, 7.50am nombor aku dipanggil. Dan untuk pengetahuan, aku adalah org yang ke 13 pada hari itu. Tidak seperti sahabat-sahabatku yang lain, yang membuat passport di Subang Airport dimana aku diberitahu mereka terpaksa menunggu sehingga 6 7 jam untuk proses membuat passport ini. Begitu ramainya orang berpusu-pusu membuat passport tatkala cuti sekolah baru bermula.

suasana ketika jam 7.30am
Pada jam 8am, siap segala proses thumbprint dan segala pengesahan yang diperlukan. Untuk kutipan passport perlulah tunggu sehingga 1 jam selepas proses permohonan selesai. Oleh itu, aku berlegar-legar seorang diri di PKNS pada jam 8am itu. Kedai belum buka lagi, so, terpaksa duduk menghirup udara pgi disebelah tasik s.alam sangat menyeronokkan. Apabila jam 9 tiba, aku kembali ke pejabat dan mengambil passport kemudiannya, pulang dan sampai ke rumah pada jam 10am. Wow, proses hanya mengambil 2 jam sahaja.

Kepada mereka yang diluar sana, jika anda ingin memudahkan proses pembuatan passport, sila ikut langkah-langkah yang telah dikongsi di dalam post ini. Sekiranya kalian sampai kepejabat pada jam 9am ke atas, maka, dengan lafaz 'have fun' lah kalian di pejabat untuk tempoh yang agak lama. :)

tag by dD

Once again, i have been tagged by nadia liyana.

1.nama blog anda & kenapa letak nama tu?
-: SYAZWAN AKID :- kerana terdapat aura kehebatan pada nama blog ini

2.nama URL blog anda & dari mana datangnye idea tu?
http://akid89.blogspot.com/ mudah untuk diingati

3.apekah method dalam penulisan anda?
mempunyai pelbagai unsur yang digabungkan supaya ia kelihatan lebih menarik

4.apa perasaan anda bila lihat blog orang cantek sedangkan blog anda tidak?
just bersyukur dengan apa yg ada cume menganggap rezeki mereka mungkin lebih

5.bilakah blog anda diwujudkan?
oh, somewhere on 2008. don't remember.

6.siapakah orang pertama yang tahu & menjadi follower anda?
pun x dapat dikenal pasti kerana arkib negara terbakar tahun lepas. :p

7.tag 5 nama lain.

Tuesday, November 23

ranking dunia

Assalamualaikum.
Cuti semester atau cuti sekolah amat sinonim dengan mereka yang bergelar pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Apabila musim ini tiba, pelbagai cara dan aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang mereka. Ada yang kerja part time, ade yang dok umah, ada yang study, ada yang belajar memasak dan pelbagai lagi aktiviti yang mereka lakukan.

Untuk diri ini pula, aku mengisi masa lapang dengan bermain game online di facebok. Haha.. Nampak macam kelakar, seorang remaja berusia 21 tahun masih lagi membuang masanya dengan sebuah machine. Tapi apakan daya, hanya itu yang mampu menggembirakan hati tatkala mengisi kebosanan emosi ketika ini. Apa yang ingin dikongsi disini adalah, aku telah pun bermain satu permainan yang dinamakan Train Traffic Control.

Game ini sangat interesting kerana kita akan mengawasi keluar masuk train ke station dan pastikan tiada perlanggaran berlaku. Sangat mudah dan sangat tertekan jika anda sudah mencapai level yang sangat tinggi. Sedang leka aku bermain game ini, tetiba, perlanggaran berlaku. Adush.. Sekali keluar lah result markah untuk game ini. Pergh, terkejut eden.. Untuk minggu ini, aku telahpun mencatatkan High Score ranking 1st dunia. Pergh.. Bayangkan 60 billion penduduk dunia, dan mungkin 500 juta pengguna facebook, dan juga mungkin 1 juta yang bermain aplikasi game ini, aku telah berjaya mendapat ranking 1st. Haha.. gelak besar jap.

Lebih mengejutkan, untuk ranking All-Time, aku berjaya meletakkan diri pada ranking ke 7 dunia. Huh.. Macam Dato' Lee Chong Wei plak, ranking-ranking dunia ni. X percaya? ada bukti gambar kat bawah ni. Hehe.. So, kepada mereka yang nk menguggat ranking ini, boleh la cube ek, seronok. serius, tapi hanya seronok kepada mereka yang sukakan game strategy la. OK, stop disini dahulu. later....

ranking this week
ranking all time
sampel game

Monday, November 22

tunjuk barang

Assalamualaikum,
Apa Khabar kepada pembaca setia blog ini? Semoga kalian berada di tahap yang sangat memuaskan.
Actually untuk post kali ni xde la penting or istimewa sangat pun seperti post-post terdahulu dimana lebih banyak menceritakan pengalaman-pengalaman sepanjang hidup ku, tetapi untuk post kali ini yang diberi tajuk tunjuk barang adalah ingin berkongsi kepada semua ketika aku berkemas untuk daftar keluar daripada hostel semester ini.

Almaklum, setiap minggu jika tidak keberatan dan tiada tanggungjawab yang dilaksanakan di kolej, aku akan pulang ke rumah untuk merehatkan minda. Dan sepanjang semester ini, sedikit demi sedikit barang-barang dan koleksi peribadi akan aku bawa ke kampus ini. Lastly, bile time menghimpunkan semua barang-barang untuk di pack dan di bawa pulang, nah, ambil kau.. penuh sarat diatas dua katil. Haha.. 
tunjuk barang 1
Macam manalah kalau org tu ade cabar suh balik sendiri xyah suh parents ambik. Mana nak letak sume barang ni? Dalam LRT? mungkin boleh, tpi x pasal-pasal kene sumpah dengan penumpang lain cuz nak transfer satu-satu barang ke dalam train. Tapi kalau try mesti sweetkan. Tengoklah,  bila da ada keberanian untuk buat begitu, akan aku buat satu hari nanti.
tunjuk barang 2
Nanti keluarlah plak komen, kata barang-barang leh simpan dalam stor yg che wan sediakan. Ahakz.. A'ah ek, betul gak tu, kenapa la x terfikir. Untuk pengetahuan, semua barang-barang aku akan di renewable setiap semester. so, klu tinggal dalam stor, jawabnye, x ambik la next semester. Hehe.. Nanti de jawapan sini plak kata, kalau camtu, tinggal je la, dalam stor, sedekah kat cleaner. Hehe.. sweet gak tu. Tapikan drpd sdekah kt cleaner, lebih baik kalau aku simpan kat umah, then jual balik barang-barang yg xnk tu . wow, Entrepreneurship. Haha.. 

Apa-apa pun, post ini bukanlah niat untuk menghentam sesiapa, just nk share and nk memeuhkan post di dalam blog ini. Xde la nampak kosong je. Hie... Alang-alang tgh rajin nk menaip. So, ingat sampai disini sahaja, jumpe lgi next time. :)

Sunday, November 21

award lgi

wah, dalam sibuk-sibuk mengemas bilik,
 aku dapat award lgi. ngee..
 thanks kepada cik mashitah kerana memberi award ini.
So, untuk diri ini pula, ingin menghadiahkan Friendship Award ini kepada
SEMUA YANG BLOGGERS YANG MEMBACA BLOG INI
jangan malu-malu untuk mengambil award ini untuk diletakkan di dalam blog anda

merdeka sedih

Assalamualaikum.
Hari Ahad 21/11/2010

Cuti semester sudah pun bermula. Maka dengan ini bermulalah perasaan dan emosi B.O.S.A.N menghantui diri. Tatkala adik-adik yang masih lagi bersekolah seronok dengan kehadiran cuti sekolah, tetapi bagi diriku, cuti semester atau juga boleh disama ertikan dengan cuti sekolah adalah merupakan satu tempoh yang sangat bosan jika aku tidak melakukan sesuatu untuk menggembirakan hati ini.

Sekadar ingin berkongsi cerita hal-hal yang berlaku pada minggu ini. Seperti yang sedia maklum, aku baru sahaja  menyambut hari kemerdekaan kerana berjaya melalui detik-detik peperangan final exam untuk semester ini. Pada minggu ini aku telah pun menjawab 4 paper yang cukup mencabar. Aku berharap pada semester akan datang, jadual exam tidak lagi membunuhku.
gambar hiasan
Sahabat, detik 5.30pm Jumaat, aku melangkah keluar dewan dengan riangnya walaupun paper itu aku terumbang-ambing untuk menjawabnya, tetapi memikirkan azab seksaan final exam, aku meluahkan dengan perasaan yang sangat gembira. Akan tetapi, kegembiraanku tidak bertahan lama. Pada jam 7pm, aku dikejutkan dengan satu berita pemergiaan arwah nenda tercinta, TOK. Terkedu seketika tatkala diri ini sedang sibuk berkemas. Hal ini merupakan kali pertama didalam struktur kekeluargaan kehilangan orang yang tersayang. Walaupun aku tahu, yang hidup pasti akan mati, akan tetapi disebabkan faktor pertama kali, mungkin ini menyebabkan aku sebak seketika.

gambar hiasan
Orang yang paling sedih didalam family mungkin ayah aku. Seusia 54 tahun bersama bonda tercinta, akhirnya pada Jumaat 19/11/2010 merupakan hari terakhir bgi ayah aku melihat wajah bonda tercinta. Aku sebagai anak, akan cuba untuk meyakinkan ayah aku seterusnya mendoakan kesejahteraan nenda tercinta.

al-fatihah.....

Pun bagaimana walau, hidup mesti diteruskan. Untuk aktiviti minggu hadapan, aku merancang untuk keluar menonton filem penantian ramai yakni, 2 Ala.... ops, Harry Potter. So, kepada mereka yang terbaca post ini yang ingin pergi bersama, calling-calling la before aku pergi berSEORANGAN. Antara aktiviti mungkin yang dilakukan adalah membuat passport antarabangsa secepat mungkin. Kerana apa? tunggu post yang akan datang. Hehehe...

So, until here, wish u all the best and smile always. :)

Wednesday, November 17

tag

Here are the Rules:
1. Respond and rework; answer the questions on your blog, replace one question that you dislike with a question of your invention, add one more question of your own.

2. Tag eight other people.

What is your current obsession?
sleeping... 

What are you wearing today?
white t-shirt n blue short


What’s for dinner?
idk yet, but mayB nsi briani i think.. :)

What would you eat for your last meal?
homemade nsi briani
What’s the last thing you bought?
hmm.. mineral water?

What are you listening to right now? 
sounds of nature.. quiet n peaceful..

If you could go anywhere in the world for the next hour, where would you go?
UK.. ahakz.

Which language do you want to learn?
hmm... cat's language..?

What do you love most about where you currently live?
my bed

What style is your current home decorated in?
erk.. dunno, 

If you were a time traveler what era would you live in?
when the caliphate control the world
What is your favorite color?
white

What is your favorite piece of clothing in your own wardrobe?
rope.. haha

What were you doing ten years ago?
hmm.. study ca biase r kot

What is your favorite sound?
the sounds of nature.. jungle

Describe your personal style?
smart

If you had $300 now, what would you spend it on?
go to sunway lagoon

What are you going to do after this?
SLEEP!!!

What are your favourite films?
the terminal.

Do you collect anything?
movie's ticket

What makes you follow a blog?
always update their blog

What makes you comment on a blog?
if the post r interesting :)


My Question i add:
Do you love someone?
ntah. haha

Now it's my turn to tag 8 people!
xmo tag sesape.. lalal

Tuesday, November 16

Salam aidiladha '10


akid89.blogspot.com
 ingin mengucapkan 
"Selamat Hari Raya Aidiladha"
kepada seluruh umat Islam
Semoga kehadiran hari berbahagia ini
akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita

own value award


alhamdulillah, berkat kesabaran dan keikhlasan diriku dalam menyampaikan cebisan pengalaman kepada pembaca setia blog ini membuahkan hasil apabila aku dianugerahkan awards yang antara sangat bernilai.
xnk bercerita lebih panjang, aku juga akan menghadiahkan award ini kepada blog2 yg active sebagai sumber penaik semangat dalam bidang ini. kepada mereka yang tidak dianugerahkan, jangan putus asa, tempoh perjalanan masih lagi panjang. gunakan masa dengan sebaik mungkin.


beautiful blogger awards


setelah hampir beberapa tahun, akhirnya berkunjung jua awards drpd sahabat-sahabat bloggers yang dianugerahkan kepada blog ini. jutaan terima kasih diucapkan kepada syaza izura kerana menganugerahkan awards ini. haha.. rasa macam artis pulak. come back artis.

tapi ada syarat la pulak. kena describe 7 things about my self...hmm..let see..

  1. seorang yang pemalas dalam bab-bab study ni, tpi klu datang mood study akan jdi terlebih rajin.
  2. kadang-kadang over confident :)
  3. mencari peluang untuk melancong menikimati keindahan ciptaanNya
  4. tidur dan on9 adalah aktiviti wajib
  5. meminati sukan bola sepak, bowling, tenis, dan F1.
  6. mencari rakan-rakan untuk bermain golf
  7. masih single, haha..
next I would to give this award to :

Sunday, November 14

makan kenduri

post untuk kali ini juga membicarakan tentang makan. hehe...
ada cerita-cerita depan dan belakang mengatakan bahawa blog ini penuh dengan artikel makanan. so, untuk post kali ini aku ingin menceritakan selain daripada makanan yankni food. haha...
hari ini seawal jam 12.30pm, kami bersiap dan bertolak menuju ke seksyen 19 s.alam. aktiviti hari ini adalah menuju kerumah jang untuk menghadiri majlis perkahwinan cousin beliau. bila kami da berdepan dengan makan, semuanya laju. haha... xmo cerita lebih, aktiviti kemudian terus berjalan pulang ke kampus BMI tercinta. tetapi perjalanan pulang hanya mereka berempat tanpa diriku.
apabila sampai di seksyen 19


Diriku kemana?
aku menjejak kaki ke ktm s.alam dan terus ke kl sentral kemudian menukar monorail menuju ke station imbi dan terus masuk ke times square, kemudian naik ketingkat 2 kemudian kurun ke ground dan berehat sebentar disana seorang diri. selepas itu, naik semula ke tingkat 1 dan membeli barang sedikit n terus ke monorail. naik dan menuju ke station bukit nanas. kemudian tukar putra lrt station dang wangi terus ke terminal putra a.k.a gombak. naik cab terus ke BMI... wow.. saje nk cerita. xnk baca pun xpe. ahahaha...

food first

makan lagi

assalamualaikum.
biasalah, apabila post2 baru muncul, lain x bukan ia mesti berkaitan dengan aktiviti kami ketika saat exam week sedang berlangsung. kami kehilangan arah weekend ini kerana mood untuk study berkurangan. oleh hal yang demikian, kami melakukan aktiviti yang juga menyeronokkan yakni makan malam di pizza hut wangsa maju. 
x banyak cerita yang ingin dikongsi sepanjang aktiviti ini berlalu hanya ingin berkongsi gambar-gambar kepada pembaca blog ini. kepada raka-rakan di luar sana, jum la join skali. best... :)

wan studi microC

diriku 

naz n gee bersama makanan mereka

wajah-wajah keriangan

Thursday, November 11

environment study

tatkala rakan-rakan lain sedang menelaah nota-nota di kampus masing-masing, tetapi kami lagi sekali melakukan aksi yg boleh dikatakan WOW. pada hari Isnin yg lepas, juga terdapat rakan-rakan yg sedang berperang menduduki exam, kami, pergi ke KLCC untuk mencari mood study yang berbeza. Boleh dikatakan aksi ini sangat menyeronokkan kerana kami sambil mata tertumpu kepada ayat-ayat panjang, ia juga boleh berehat sebentar memerhati alam ciptaan yg Maha Esa.

pun bagaimana walau, aksi ini bukanlah 100% berjaya. tidak semua apa yg kita baca masuk dengan mudah, kerana terdapat banyak cabaran-cabaran yang terpaksa kita tempuh sebelum ia berjaya meng'install'kan di dalam hard disk kepala kita. :)

wajah keriangan nazri

jang dan naz

aku bersama nota ist

aksi berlakon depan camera

petang di tarbush pyramid

Salam
Pada hari Jumaat yg lepas, aku bersama G, Palie, Naz menikmati minum petang di tarbush Sunway Pyramid. Perancangan kami sebenarnya bukan lah dirancang secara baik, akan tetapi keputusan untuk ke tempat ini dibuat secara on the spot. Oleh hal yg demikian, aku juga tidak melepaskan peluang untuk bersama meraka menenangkan fikiran tatkala exam bakal tiba pada minggu ni.

Di bawah aku sertakan beberapa gambar sebagai corak mewarnai aktiviti petang itu.

diriku

aku dan G

Pali bersama Makhluba Lamb

G memikirkan masalah negara

Naz bajet comel

aku sedang on9

Tuesday, November 9

kisah mandi mandi

Kebiasaannya, waktu study week student akan menghabiskan masa dengan study, akan tetapi ia sangat berbeza bagi kami. Pada hari yang sudah tidak ingat, kami bertujuh pergi ke satu destinasi kurang popular di kalangan warga Gombak kerana ramai diantara mereka juga tidak tahu akan kehadiran tepat yg indah ini. Setelah penat menelaah buku kononya, pgi seawal jam 0830 kami bersiap menuju ke destinasi ini. Dibawah disediakan beberapa keping gambar sekadar hidangan kepada kalian. 

G dan Jang tgh bertapa

Aku kesejukan

anak-anak keriangan