Thursday, November 25

pasport malaysia

 Assalamualaikum.
Untuk post kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku membuat passport Malaysia. Almaklum, ini merupakan passport pertama aku. Sudah seusia 21 tahun baru dapat memiliki passport sendiri, sebelum ini, melancong ke luar negara hanya menggunakan passport berkumpulan. Kini, aku sudah memiliki passport sendiri dan ini menjadi tiket untuk aku melancong ke mana-mana tempat yang diingini. wow.

borang permohonan
Cerita bermula pada hari Rabu, 24/11/2010 di Pejabat Imegresen Shah Alam. Aku tiba di pejabat ini tepat jam 7.30am. Ketibaanku, sudah disambut dengan Q yang tidak terlalu ramai mungkin hanya terdapat 7 atau 8 org dihadapanku. Alhamdulillah, borang sudah siap diisi sebelum tiba kerana aku membawa pulang borang permohonan ke rumah untuk diisi dahulu. Hal ini kerana, untuk mengambil nombor giliran, borang hijau perlu siap diisi. jam, 7.50am nombor aku dipanggil. Dan untuk pengetahuan, aku adalah org yang ke 13 pada hari itu. Tidak seperti sahabat-sahabatku yang lain, yang membuat passport di Subang Airport dimana aku diberitahu mereka terpaksa menunggu sehingga 6 7 jam untuk proses membuat passport ini. Begitu ramainya orang berpusu-pusu membuat passport tatkala cuti sekolah baru bermula.

suasana ketika jam 7.30am
Pada jam 8am, siap segala proses thumbprint dan segala pengesahan yang diperlukan. Untuk kutipan passport perlulah tunggu sehingga 1 jam selepas proses permohonan selesai. Oleh itu, aku berlegar-legar seorang diri di PKNS pada jam 8am itu. Kedai belum buka lagi, so, terpaksa duduk menghirup udara pgi disebelah tasik s.alam sangat menyeronokkan. Apabila jam 9 tiba, aku kembali ke pejabat dan mengambil passport kemudiannya, pulang dan sampai ke rumah pada jam 10am. Wow, proses hanya mengambil 2 jam sahaja.

Kepada mereka yang diluar sana, jika anda ingin memudahkan proses pembuatan passport, sila ikut langkah-langkah yang telah dikongsi di dalam post ini. Sekiranya kalian sampai kepejabat pada jam 9am ke atas, maka, dengan lafaz 'have fun' lah kalian di pejabat untuk tempoh yang agak lama. :)

6 comments:

selipar biru said...

wah~~`
g sabah ka??

ANIS HJ SUKARTI said...

nak buat passport juga tp xkesampaian..
tak dapat nak g singapore.. dpt tgk seberang jambatan je.. huhuhu

Anis Salwati Hamidun said...

Terima kasih, it's help me! ;)

nurul aina said...

waa....
teringat mse aina bt pasport nk g beijing dlu...huhuhu....
nie nk g mne??

syazana amira said...

hehe... lepas nih boleh over da sea lah :)

syazwan akid said...

selipar biru: sabah insyallah next year kot.

nadzirah aqilah: xpe2, nnt de masa buat la k.

anis: my pleasure

aina: ade la. :)

misz nana: over ocean skali.. :)