Friday, November 26

insiden ktm btu 3

As Salam..
Jam menunjukkan 0027 ketika aku memulakan sesi menaip post ini. Untuk post kali ini, aku hanya ingin berkongsi pengalaman di sebuah stesen KTM Komuter Batu 3. Ketika ttu waktu petang. Tetapi, sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, just nk share dengan u all, sejarah ktm komuter ini.

KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan dilengkapi penyaman udara.

Bayangkan kawan-kawan sekarang kita berada pada tahun 2010. Sudah hampir 15 tahun penubuhan ktm komuter ini di negara kita. Satu insiden yang ingin dikongsikan disini adalah, masih ada lagi rakyat malaysia yang tidak atau jarang menggunakan khidmat pengangkutan awam ini. Dan jika mereka belum pernah menaiki perkhidmatan ini sudah tentu mereka tidak tahu untuk menggunakan mesin tiket yang diletakkan dikesemua stesen ktm.
mesin tiket yang dimaksudkan
Nak dijadikan cerita, aku ketika itu sedang menunggu seseorang untuk pulang kerumah. Sambil aku duduk memerhati gelagat orang ramai yang beru turun dari teksi terus menuju ke mesin tiket ini untuk membeli tiket. Ada seorang hamba Allah ini, yang berusia 30-an, tidak tahu menggunakan mesin ini. Beliau pun dengan wajah selamba, mencari destinasi tempat yang ingin beliau tuju. Selepas tekan, die tunggu. Aku pun memerhati, Die tunggu, sambil wajahnya melihat screen LED. Adalah kot dalam 2 minit dia tunggu. Selepas itu, aku tergelak keseorangan memerhati gelagat orang itu. Yang orang beratur belakang die pun x kata pape. Tunggu macam xde pape berlaku. Agak kesian orang itu terkial-kial xtau menggunakan mesin itu.

Ea la, melihat dari setiap sudut wajah, mmg orang tempatan, kalau mat saleh yang guna mesin tu agak logic kalau mereka tidak tahu menggunakan mesin ini. Aku cuba berfikiran positf, mungkin orang ini baru tiba di KL, dan berasal dari kawasan pendalaman. Niat nak membantu, tapi, orang belakang beliau yang sedang menunggu lama mungkin dan naik 'hot' pada mamat ni, so, die terus tekan butang adult pada mesin tu sambil tersenyum sengih. Kemudian, barulah mamat tadi memasukkan wang kertas kedalam mesin itu.
orang ramai Q
Disebabkan hal ini, penuh orang beratur untuk membeli tiket dek mamat ni tadi. Aku ade gambar die, tapi demi menjaga air muka, aku x mahu 'drop water face' kn muka die. So, kepada mereka yang diluar sana atau mungkin ada pembaca dari Sabah dan Sarawak yang tidak pernah datang ke semenanjung, kalau kalian ingin menggunakan mesin tiket ini, janganlah segan silu untuk bertanya orang disekeliling anda. Malu Bertanya Sesat Jalan. Kalau masih ada orang KL yang x pernah menggunakan perkhidmatan ini, meh nk ajar;
  • pilih destinasi stesen yang ingin ditujui
  • selepas itu, tekan sama ada penumpang itu dewasa ataupun kanak-kanak
  • jika ingin menambah bilangan tiket, tekan tambah dan ulang balik proses 1 dan 2.
  • kalau xmo tambah, selepas proses 1 dan 2, tengok la price harga tiket kat screen dan masukkan wang mengikut harga yang dipaparkan. Kalau masuk duit kertas, make sure, rapatkan duit kertas anda ke sebelah kiri dan jangan ada lipatan
  • lepas itu, boleh la ambil tiket di sebelah bawah kanan dan baki wang jika ada.
  • mudah
Oleh hal yang demikian, gunakan perkhidmatan ini dengan sebaiknya.
:: credit pic idd ::

3 comments:

AbsoLutelY oNe said...

Hahaha...
Terbaek!!!

-Foxtrot-

selipar biru said...

kekekekekekke

kesiannya mamat tu!

saya perna jugak terkidal-kidal dan terkonpius time kali ptama guna benda tu
hahahaha

syazwan akid said...

wan: :)

selipar biru: 1st time mmg begitu..

kak diana:wahaha.. jgn terasa ye.
saje nk kongsi pengalaman.
org mcam kami x mampu nk beli kereta sendiri, so, naik public transport je la. nnt de masa, cuba2 la explore mesin tiket tu ea.
xmo ambik hati.. :)