Sunday, November 21

merdeka sedih

Assalamualaikum.
Hari Ahad 21/11/2010

Cuti semester sudah pun bermula. Maka dengan ini bermulalah perasaan dan emosi B.O.S.A.N menghantui diri. Tatkala adik-adik yang masih lagi bersekolah seronok dengan kehadiran cuti sekolah, tetapi bagi diriku, cuti semester atau juga boleh disama ertikan dengan cuti sekolah adalah merupakan satu tempoh yang sangat bosan jika aku tidak melakukan sesuatu untuk menggembirakan hati ini.

Sekadar ingin berkongsi cerita hal-hal yang berlaku pada minggu ini. Seperti yang sedia maklum, aku baru sahaja  menyambut hari kemerdekaan kerana berjaya melalui detik-detik peperangan final exam untuk semester ini. Pada minggu ini aku telah pun menjawab 4 paper yang cukup mencabar. Aku berharap pada semester akan datang, jadual exam tidak lagi membunuhku.
gambar hiasan
Sahabat, detik 5.30pm Jumaat, aku melangkah keluar dewan dengan riangnya walaupun paper itu aku terumbang-ambing untuk menjawabnya, tetapi memikirkan azab seksaan final exam, aku meluahkan dengan perasaan yang sangat gembira. Akan tetapi, kegembiraanku tidak bertahan lama. Pada jam 7pm, aku dikejutkan dengan satu berita pemergiaan arwah nenda tercinta, TOK. Terkedu seketika tatkala diri ini sedang sibuk berkemas. Hal ini merupakan kali pertama didalam struktur kekeluargaan kehilangan orang yang tersayang. Walaupun aku tahu, yang hidup pasti akan mati, akan tetapi disebabkan faktor pertama kali, mungkin ini menyebabkan aku sebak seketika.

gambar hiasan
Orang yang paling sedih didalam family mungkin ayah aku. Seusia 54 tahun bersama bonda tercinta, akhirnya pada Jumaat 19/11/2010 merupakan hari terakhir bgi ayah aku melihat wajah bonda tercinta. Aku sebagai anak, akan cuba untuk meyakinkan ayah aku seterusnya mendoakan kesejahteraan nenda tercinta.

al-fatihah.....

Pun bagaimana walau, hidup mesti diteruskan. Untuk aktiviti minggu hadapan, aku merancang untuk keluar menonton filem penantian ramai yakni, 2 Ala.... ops, Harry Potter. So, kepada mereka yang terbaca post ini yang ingin pergi bersama, calling-calling la before aku pergi berSEORANGAN. Antara aktiviti mungkin yang dilakukan adalah membuat passport antarabangsa secepat mungkin. Kerana apa? tunggu post yang akan datang. Hehehe...

So, until here, wish u all the best and smile always. :)

2 comments: