Tuesday, November 23

ranking dunia

Assalamualaikum.
Cuti semester atau cuti sekolah amat sinonim dengan mereka yang bergelar pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Apabila musim ini tiba, pelbagai cara dan aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang mereka. Ada yang kerja part time, ade yang dok umah, ada yang study, ada yang belajar memasak dan pelbagai lagi aktiviti yang mereka lakukan.

Untuk diri ini pula, aku mengisi masa lapang dengan bermain game online di facebok. Haha.. Nampak macam kelakar, seorang remaja berusia 21 tahun masih lagi membuang masanya dengan sebuah machine. Tapi apakan daya, hanya itu yang mampu menggembirakan hati tatkala mengisi kebosanan emosi ketika ini. Apa yang ingin dikongsi disini adalah, aku telah pun bermain satu permainan yang dinamakan Train Traffic Control.

Game ini sangat interesting kerana kita akan mengawasi keluar masuk train ke station dan pastikan tiada perlanggaran berlaku. Sangat mudah dan sangat tertekan jika anda sudah mencapai level yang sangat tinggi. Sedang leka aku bermain game ini, tetiba, perlanggaran berlaku. Adush.. Sekali keluar lah result markah untuk game ini. Pergh, terkejut eden.. Untuk minggu ini, aku telahpun mencatatkan High Score ranking 1st dunia. Pergh.. Bayangkan 60 billion penduduk dunia, dan mungkin 500 juta pengguna facebook, dan juga mungkin 1 juta yang bermain aplikasi game ini, aku telah berjaya mendapat ranking 1st. Haha.. gelak besar jap.

Lebih mengejutkan, untuk ranking All-Time, aku berjaya meletakkan diri pada ranking ke 7 dunia. Huh.. Macam Dato' Lee Chong Wei plak, ranking-ranking dunia ni. X percaya? ada bukti gambar kat bawah ni. Hehe.. So, kepada mereka yang nk menguggat ranking ini, boleh la cube ek, seronok. serius, tapi hanya seronok kepada mereka yang sukakan game strategy la. OK, stop disini dahulu. later....

ranking this week
ranking all time
sampel game

2 comments:

drsshk said...

haha. aku dah lama tinggalkan game facebook nih. serius pening gila lepas main. hehe

syazwan akid said...

haha.. main ni pun saje je nk hilang bosan.. :)
btw, u should try this one.