Assalamualaikum.
Well done Malaysia! Malaysia kini umpama berulangnya peristiwa ombak tsunami yang telah mengegarkan dunia pada 26/12/2004, tetapi kini, ceritanya bukan ombak tsunami, akan tetapi kejayaan misi membalas dendam terhadap pasukan Indonesia di dalam perlawanan akhir pertama yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Sudah pasti, surat khabar seluruh Malaysia licin habis dijual kerana berita sensasi ini sedang menghiasi dada akhbar. Walau bagaimanapun, masih ada lagi 90 minit penentuan sebelum piala aff ini diberikan kepada hak empunya.
PUAS, itu sahaja ungkapan yang i boleh gambarkan kepada u all betapa argh... bestnya, perlawanan malam itu. Disamping dapat menghentam ego Indonesia malah persembahan yang ditunjukkan oleh pemain bola sepak kita amat dibanggakan. Kalau la Malaysia selalu main bola macam tu, letaklah harga tiket RM100 sekali pun, akan tetap jua i berada di stadium untuk memberi sokongan. Dengan itu, i da dapat aura bahawa bola sepak Malaysia kini sedang meniti anak tangga untuk berada di kelompok pasukan gergasi dunia. Insyallah.
Hanya ingin berkongsi pengalaman, seawal selepas zuhur, i bersama family pergi ke Plaza Alam Sentral untuk bershopping sambil mencuci mata, kemudian, ayah i drive me to BMI untuk ambil kunci apartment. Then my dad drop me kat lrt gombak n i terus ke masjid jamek station and tukar ke star lrt. Pergh, ramai gile org Q untuk beli tiket and penuh warna merah kuning di station itu :) i xperlu Q² ni, i gune touch n go je :) then makin lama makin ramai, huh, train macam sardin penuh dengar warna merah dan kuning. Seronok gile tengok telatah manusia semangat untuk menyaksikan bola malam itu.
Sampai stadium, i terus contact my friend, and found him kat dalam stadium. Duduk la i sampai game start. Huh, penuh ceria malam itu dengan bunyi sorakan serta bunyi letupan mercun dan juga bunga api menghiasi suasana stadium ketika itu. Kepada yang x sempat untuk pergi, i xleh share mcm mana perasaan ketika dalam stadium tu. Just nk ajak sesiapa yang belum berkesempatan, datang la sini, bersama kita beri support kat team kita. K la, da xmo cte panjang², u all tengok la gambar² kat bawah ni :)
|
credit to uncle |
|
suasana kt station lrt masjid jamek |
|
suasana kat lrt bukit jalil |
|
suasana kt perkarangan stadium |
|
suasana dalam stadium |
|
suasana sebelum perlawanan bermula |
|
lihatlah... |
| |
ketika kemenangan |
|
|
|
No comments:
Post a Comment