Saturday, December 11

mencari 'date' F1

Salam sejahtera.
Bermula ketika aku menaip post ini, hanya tinggal 117 hari 20 jam 44 minit sahaja lagi sebelum bermulanya perlumbaan yang dinantikan setiap tahun di Litar Sepang yang Formula One. Mungkin terlalu awal untuk aku menceritakan mengenai Formula One ini, akan tetapi tujuan utama post ini adalah ingin mencari sesiapa yang ingin menonton perlumbaan mahal ini bersama pada 8,9 dan 10 April 2011.

klik untuk harga tiket
Ketika ini, Sepang Circuit sedang sibuk mempromosi harga tiket yang sangat murah yakni 50% off dari harga sebenar jika dibeli sebelum 31 December 2010. Oleh hal yang demikian, aku ingin mencari sesiapa yang ingin menjadi 'date' aku untuk menonton F1 ini bersama.Tiada syarat dikenakan hanya terbuka kepada mereka yang berminat dan juga mampu untuk membeli tiket ini. Sebelum itu, aku hanya berminat untuk membeli tiket seat GARNET dlm RM350. Kalau nk best lagi, mungkin seat Crystal pda harga RM550. So, kepada yang berminat, do PM me as soon. After 31 December, depan TV la jawabnya.

kenangan ketika F1 2009

2 comments:

Unknown said...

wah..aku mint giler ngan f1 nih... tggu masa jek nnti aku nk g sepang tuh....hoho

Aida Azryn said...

bestnyer p sana.. ^^