Edisi seterusnya akan menceritakan perjalanan aku sepanjang berada di Phuket pada hari keempat. Seperti biasa, kami bangun seawal pagi dan kemudian breakfast di coffee house hotel. Aktiviti hari ini adalah perjalanan pulang ke hatyai setelah selesai 2 malam di phuket. Tiada aktiviti khusus sepanjang perjalanan kami di ke hatyai. Tetapi sebelum kami menjejakkan kaki ke hatyai, kami singgah dulu untuk melakukan aktiviti terakhir yakni melawat James Bond Island.
Kami x pasti dimana kami berada ketika di jeti untuk ke pulau ini kerana masing-masing jelas kepenatan tidur didalam van dan sedar ketika van berhenti. Setibanya kami di jeti, kami perlu untuk memakai safety jacket. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa 30-40 min. So, agak lama disitu berada di atas bot. Perjalanan kami bukan lah melalui lautan yag luas, just sekadar sungai-sungai kecil dan menuju ke hilir dan kemudiannya berada di laut dalam. Sangat indah dan istimewa ciptaan yang Maha Esa apabila terdapat pelbagai pulau-pulau kecil dan bukit-bukau sepanjang perjalanan kami.
Setibanya di pulau itu, kami diberi masa untuk berjalan-jalan sekitar pulau. Ia tidaklah terlalu besar dan terlalu kecil tetapi cukup la tempoh 30min untuk bersiar-siar dan bergambar di sekitar pulau ini. Mengapa ia diberi nama James Bond Island? aku pun tidak pasti akan sejarahnya tetapi apa yang boleh disimpulkan bahawa, syarikat perfileman gergasi hollywood pernah membuat pengembaraan di pulau sekitar kawasan ini untuk filem james bond, mungkin. So, apa-apa pun, scenery pulau ini sangat cantik.
Kemudian, kami sambung perjalanan menaiki bot menuju ke sebuah pulau yakni panji island kalau x silap. Disini merupakan perkampungan nelayan atas laut yang menugkin terdapat 50 keluarga di atas rumah terapung ini. So, disini, kami akan berhenti untuk makan tengah hari di atas pulau terapung. Cantik, itu saja ungkapan yang mampu dikeluarkan setibanya kami disini. Makanan? sedap. pergh.. superb.. mmg rugi siapa yang x datang sini. After that, kami sambung menaiki bot dan pulang ke jeti tadi.
Selepas semua bersiap sedia, perjalanan panjang kami lalui untuk pulang ke hatyai. Kami tiba di hotel Grand Plaza pada jam 7pm. Selesai check in, kami cari restoran untuk makan malam. Dan pada malam itu, aku bersama ted, mael, fariha dan apple, dinner bersama di restoran Hamid yang mana terkenal dikalangan blogger malaysia. Selepas makan, kami naik bilik, dan mengadap 2 movies pada malam itu, dan terus tidur.
|
suasana atas bot |
|
suasana pagi di phuket |
|
aku di atas bot |
|
andaman cruise |
|
james bond island |
|
gaya mengangkat batu |
|
menu lunch kami |
|
jang |
|
flashback percutian kali ini |
No comments:
Post a Comment