Monday, December 6

Phuket Trip Day 5

Salam.
Xbanyak cerita yang ingin dikongsi pada hari ke 5 percutian trip ke phuket untuk kali ini. Juga seperti hari-hari sebelumnya, bangun pagi dan kemudian mencari restoran untuk breakfast. Kemudian, kami perlu checkin pasport kepada syarikat bas pada jam 11.30am. Untuk perjalanan pulang ke KL kami menaiki bas konsortium semananjung bas yang warna merah tapi yang lebih best ia adalah double decker. So, ini merupakan pertama kali juga bagi diriku menaiki bas double decker.

Bas begerak tepat jam 1pm dan satu jam kemudian kami tiba di imigration thailand dan malaysia untuk chop passport. Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang tempoh proses chop passport di kedua-dua sempadan ini. Kemudian bas terus melancarkan serangan ke bukit jalil dan tiba di sana jam 10.30pm. Habis sudah trip percutian ke phuket untuk kali ini.

Tips untuk dikongsi :
  • make sure de pasport sendiri la, senang sikit. xpayah boarder pass ni.
  • untuk hp, klu nk murah, sampai thai, beli la sim syarikat sane. murah sikit kalau nk contact ke malaysia. untuk yg xmo tukar sim, dia akan automatik tukar syarikat telekomunikasi thai apabila sampai di negara itu. so, rate untuk sms dan call ke malaysia agak mahal, jadi sila topup banyak2 untuk memudahkan kredit anda x habis cepat. dan, kalau org call, sila jangan angkat kerana anda akan dicharge juga.
  • kat hatyai dan phuket, xde maybank atau bank2 malaysia lain kecuali CIMB Thai. oleh hal yang demikian, jika nk travel sini, make sure, kat malysia, upgrade kad anda supaya boleh roaming. Nnt kat sana leh cucuk duit cam biasa, xperlu simpan cash banyak2.
  • kalau nk tukar duit, tukar la kat hatyai, jgn tukar kat phuket. sangat rugi kalau tukar kat phuket.
  • tut tut kat sane kadang2 penipu gak, kalau kite cakap nk pi satu tempat, die akan charge mahal dan akan pusing ikut jalan jauh. padahal tempat tu kalau 100m je. So, better tnye org kedai or org tempatan b4 nk nek tut tut. Tapi charge tut tut xde la mahal sangat. dri grand plaza ke bazar dalam 75bath utk 5 org. 
  • komunikasi average. kat hatyai ramai yg boleh cakap melayu. so, nk tawar menawar xde masalah. kat phuket cume sebilangan yg boleh cakap melayu, so, cube la cakap melayu, kot2 die phm, leh r nk discuss pape.
  • makanan halal kat hatyai sangat mudah nk cari dan juge kat phuket juge sangat mudah. cume restoran halal kat phuket tu mungkin mahal sikit la, ikut harga tourist. 
  • Apabila berada di phuket, JANGAN jalan seorang diri disekitar bang la road lebih-lebih lagi jika nada memiliki wajah yang sangat hensem. CONFIRM anda kan ditarik. Untuk gals, secantik wajah puteri gunug ledang sekali pun, anda xde pape di phuket. 
  • Phuket, tidak sesuai untuk anak2 kecil.
  • klu nk shopping sila tawar sehingga 60-80% dri harga asal. Contoh, kalau harga barang 800B, anda boleh dapat dengan harga 200B sahaja. Tapi kalau da tawar sampai rendah makesure beli. kalau tak anda akan disumpah dalam bahasa thai yang sangat kejam!
  • anjing kat hatyai dan phuket sangat banyak. biasakan diri anda.
  • Sila jalan berkumpulan
  • ganja juga ada dijual di patong beach.
  • tiger show merupakan antara aktiviti disini. Kaedah, masuk free, tpi kene beli drinks. Dan soft drinks coke yang paling murah adalah 800B.
  • selamat bercuti
aku

ketika breakfast terakhir di hatyai
suasana dalam bas

8 comments:

Izza Arsyika said...

"Untuk gals, wajah secantik Puteri Gunung Ledang pun, anda tak de ape2 di sini"


XD

syazwan akid said...

yup, here lelaki saje yang kne kaco sama ada from gals cantik or spesis dua alam. hehe.. my frens gals, die cte, org x layan pun. haha

nurul iman said...

smenye budget awk habes brape ye utk 5 hari ni>?

syazwan akid said...

hmm..sy amek agen utk 3 hari start hatyai-phuket-hatyai. total utk tu, RM600. utk kl-hatyai-kl tu sendiri2 abes dlm RM400. so total dlm RM1K..

eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

Kat sana plug electrik sama mcm kte x???nnti nk caj hp senang...

syazwan akid said...

sy x sure la cik eikorina-NaWaL sYaFiQ, sbb sepanjang we all kt sana, xpernah charge pape. hp off, tpi rasanya sama je kot.. :)

james bross said...

i family trip phuket on 26 may via aasia, tiger show byk ke
island hoping i da booked

syazwan akid said...

james bross. phuket besar. night life area patong beach (bang la rd). tiger show ada la, kne cari. island hoping best :)