hari : rabu
tarikh : 8 december 2010
tempat : gsc summit usj
Almaklum, cuti semester kali ini juga sama seperti cuti-cuti semester sebelum ini, bosan & xtau nak buat apa. So, aku mengambil satu hari ini untuk marathon 2 movies di panggung wayang yang paling hampir dengan rumahku yakni gsc summit usj. Filem pertama yang aku tonton adalah ngangkung. Actually aku pun masih lagi x sedar, benarkah aku sedang menonton filem Melayu? Hehe.. Tapi apakan daya, setelah di recommendkan oleh banyak pihak, so, aku just menjudikan diri untuk menonton filem ini. Jelas genre seram komedi yang dibawah oleh pengarah filem ini mempunyai banyak adegan komedi dan hanya beberapa scene seram yang ditonjolkan di dalam movie ini. Apa-apa pun, nk di highlight kan di sini, kutipan filem ngankung setakat 8 disember 2010, sudah pun mencecah RM5.41 juta (sumber finas). Wow, kutipan ini merupakan ke3 tertinggi dalam tahun ini untuk filem cereka 2010 dimana, adnan sempit mendahului dengan RM7.66juta diikuti oleh KL Drift 2 RM5.67 juta.
Bagi diri ini, filem ini hanya mampu meraih 3 bintang sahaja, tetapi juga menghiburkan. Bagi mereka yang belum menonton filem ini, sila la, ke pawagam terdekat. X salah kita support filem Melayu. :)
Kemudian, aku menonton pula filem Rapunzel A Tangled Tale. Mungkin agak kelakar, seorang lelaki, berseorangan menonton filem kartun ini. Ye, untuk pengetahuan para pembaca blog, sy suke menonton kartun kerana cerita-cerita begini dapat menenangkan fikiran tatkala minda penuh dengan masalah-masalah di kampus. Jadi untuk filem ini, menghadiahkan 3.5 bintang.kredit untuk penerbit filem ini kerana, watak rapunzel sangat comel sehingga membuatkan aku jatuh hati kepadanya. Haha.. Xmau bercerita dengan lebih panjang, mungkin dalam masa terdekat aku akan ke pawagam terdekat untuk menyambung koleksi cerita yang masih lagi belum aku tonton. Sesiapa nk join, jum la, tgk sorg2 pun bosan gak, tpi sebb da xde org nk teman, so,tengok sorang la jawabnye. :(
Till then...
6 comments:
betul3~~ rapunzel mmg best~~
suka kuda tu~~ blh dy gaduh ngan laki hero tu.. ish3~~ kelakar tapi end up dgn kawan baik kuda n laki tu~~
waaa....bestnye...nk gak tgk rapunzel...hehehehe....
shun, yup.. mcm nk tgk lgi je. haha
aina, sgt best, tpi pi la tgk ng bf, mesti lgi sweet :)
kt kuala terengganu x ade wayang...x ley nk g tgk... :(
aina, xleh tolong ler. hiee
da la byk muvie best yg keluar time disember nie....ngeee~~
Post a Comment