Monday, December 6

Phuket Trip Day 2

 Assalamualaikum.
Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku berada di phuket untuk hari kedua pula. Seperti biasa, kami bangun pagi kerana kami perlu berkumpul di hadapan hotel grand plaza pada jam 9am pgi. Kemudian, setelah selesai checkout hotel, kami berlima terus berkumpul menaiki van dan menuju ke salah sebuah restoran halal di bandar hatyai ini. Menu pagi itu adalah roti canai. Pergh.. roti canai die xde la sesedap di Malaysia akan tetapi ia mampu untuk mengisi perut yang sedang kelaparan pada pagi itu.

Selesai breakfast, kami meneruskan perjalanan yang panjang menuju ke destinasi makan tengah hari yakni di krabi. Sudah lama aku memasang impian untuk berada di tempat ini, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke tanah krabi ini yang menjadi simbol ketamnya yang besar. Disini, kami berhenti untuk makan tengah hari pertama yang ada di dalam pakej holiday kami pada kali ini. Rasa makanan itu sangat pergh.. Aku xmampu untuk menggambarkan betapa indahnya makanan ini berada di depan mata.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke phuket, yakni destinasi yang ditunggu-tunggu hampir satu semester. sebelum menjejakkan kaki ke hotel, kami singgah dulu makan malam di salah sebuah restoran di pulau phuket ini. Kedudukan restoran ini agak jauh dengan hotel yang bakal kami menginap, jadi untuk tidak membuang masa, kami makan dulu kemudian terus bergerak ke hotel untuk checkin. Seperti biasa, thailand mmg terkenal dengan makanan laut dan pedas yang sangat exotic dan istimewa. Para pembaca harus menjejak kaki ke sini untuk turut serta merasainya. :)

Kami sambung perjalanan terus ke hotel, akhirnya kami tiba di Aloha Villa Phuket di Patong Beach. Wow, kedudukan hotel ini merupakan ditengah-tengah bandar dan di tengah-tengah pusat commercial di sepanjang jalan Patong Beach dan yang paling penting, ia sangat dekat dengan Bang La Road. Mungkin yang tidak pernah sampai kesini tidak tahu apekah keistimewaan Bang La Road ini. Aku tidak mahu bercerita banyak, hanya ingin mengajak kalian untuk berada disini pada malam hari dan rasai klimaks pulau phuket pada jalan ini. Satu pengalaman yang sangat indah berada disini, akan tetapi harus diingatkan bahawa, iman anda perlu kuat jika ingin melalui kawasan ini. Pelbagai pujukan hawa nafsu berada disekeliling jalan ini. Tidak sesuai untuk family trip yang mempunyai anak-anak kecil, dan juga mereka yang tidak suka akan suasana barat. Ditekankan sekali lagi, Bang La Road adalah kemuncak Patong Beach :)

Stibanya kami di hotel, kami meletakkan barang dan kemudian rehat beberapa minit kemudian berjalan-jalan disekitar jalan ini. Aktiviti aku disana adalah masuk ke salah sebuah club dan meyaksikan live band yang sangat menyeronokkan sambil melihat gelagat mat saleh yang juga sedang menggembirakan hati mereka. Setelah hampir sejam berada di kelab ini, aku tukar ke kelab lain yang memainkan lagu techno. Disini, tanduk mula keluar, kaki sudah mula menghentak-hentak mengikut rentak muzik. Satu persatu kaki melangkah ke dance stage, dan aku menari. wow.. maaf gambar untuk aktiviti ini disita. ahhaha..

Agak-agak 5 minit da menari, aku terus keluar, beristighfar dan kemudian melangkah kaki menuju ke hotel untuk berehat. Tidak sedar ketika itu sudah pun pukul 3am. Sebelum, aku ke hotel, singgah beli makanan jap untuk mengisi perut yg sudah berbunyi lagu technoo sebentar tdi. Aku keseorangan di dalam bilik, rakan-rakan lain masih lagi berjalan-jalan disekitar jalan bang la. Aku tidur....

Ini merupakan kisah pertama kali aku masih ke kelab malam, di mana di KL aku tidak berpeluang untuk mencuba masuk dan ini merupakan pertama dan terakhir aku masuk ke kelab malam just untuk mengetahui apekah yg ada disini. Apekah yang pemuda-pemudi banggakan tempat ini, aku sudah merasainya. Kepada mereka di luar sana, yang belum merasai suasana kelab malam, kalau nak masuk, sila ajak sekali ur parents, takut-takut u all x boleh kawal nafsu. :)

Segala yang dikongsikan disini adalah hiburan semata-mata. Sila jangan menghiperbola pernyataan ini, dan memikirkan aku ini seorang kaki kelab. Walaupun, aku berkongsi aku menari di dance stage, tapi bukanlah aku menari seperti micheal jackson, just seorang kayu berdiri teguh sambil ditiup angin. Itu lah keadaanku ketika menceritakan pengalaman menari di dance stage. Peringatan sekali lagi juga, janganlah kalian menggunakan statement ini untuk menghentam group, organisasi, peribadi, atau sesiapa pun kerana ia adalah pilihan masing-masing. Aku juga seorang manusia, remaja, pemuda yang sedang belajar mengutip pengalaman hidup.

breakfast bersama gee
roti canai
aksi dalam van
berhenti berehat sebentar
menu lunch
di restoran area krabi
phuket checkpoint
our dinner
checkin hotel
our room

6 comments:

azroy arman said...

..proud of u dear akid, as usual..glad that u had fun and u r always in control of each situation..a quality that not many may have..

zuhanismohamed said...

best nya..bila lah saya dapat sampai phuket ni T_T

Izza Arsyika said...

Akid, stetmen ini sangat melucukan:

Selesai breakfast, kami menuju ke destinasi makan tengah hari....

Baru je lepas makan, kan?? Hahaha. Betul2 "Jalan-jalan cari makan" nih.

Wah, pergi kelab malam tu. Eksperimen en? As long as u know what u were doing then. Like u said, we're all humans. =)

eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

Menariknya...kmi akan ke krabi awal bln 11 ni...xsabar nk update blog mcm awk...thanks for ur info...

eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

Menariknya...thanks for ur info...kmi akan ke krabi awal bulan 11 ni...xsabar nk update blog mcm awk... :-)

syazwan akid said...

hehe.. have fun & take care cik eikorina-NaWaL sYaFiQ :)