Bersambung kita pada hari ke3 trip phuket. Agenda hari ini adalah city tour sekitar pulau phuket ini. Seawal jam 8.30am di lobby hotel kami berkumpul. Sebelum itu, kami breakfast di coffee house hotel, tetapi makanan yang kami makan adalah terhad kerana memikirkan status pembuatannya yang mungkin diragui. Menu breakfast pagi itu, adalah omelet, cornflakes, dan roti bakar. Ia sudah cukup untuk kami mengalas perut pada pagi itu. Destinasi pertama yang kami tujui adalah Phrom Thep yakni dimana pelancong selalu berkumpul untuk melihat sunset daripada puncak bukit. Akan tetapi, kami hanya pergi pada waktu pagi kerana memikirkan masa yang sangat terhad untuk berada di sana pada waktu petang.
Kemudian kami bertukar pula destinasi ke kilang atau kedai mutiara. Di kedai ini, kami diberi tempoh masa untuk melihat koleksi-koleksi mutiara yang mana juga merupakan sumber pendapatan pulau ini selain daripada sektor pelancongan. Antara tarikan utama adalah koleksi mutiara bernila 12 juta B ada disitu. Kalau di convertkan dlm RM mau RM1.2 juta. Huhu.. hanya mampu melihat. Kemudian kami berpindah ke kilang gajus dimana kami berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana proses gajus berlaku. Rupanya, biji gajus itu terpaksa diasingkan secara manual satu persatu oleh pekerjanya. Leceh..
Selepas selesai di kilang ini, kami terus ke kilang batu permata. Wow, sangat cantik koleksi cincin dan juga segala batu yang ada di kilang ini. Yang menarik perhatiannya, kilang pemprosessan batu permata ini dilakukan di dalan kawasan berhawa dingin. Pergh, kalau camtu aku pun nk kerja kat sini. Kat bawah nnt ada contoh gambar tempat mereka bekerja. Disini aku hampir terbeli satu cincin untuk diriku akan tetapi, memikirkan baki beberapa hari dengan wang bath yang x seberapa, aku melupakan niat aku.
Kemudian, kami berpindah ke kilang baju. Disini kami dapat membeli baju dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai-kedai disekitar pulau ini. Kami shopping sakan disini dan banyak juga hasil baju tebeli disini. :) Selepas itu, makan time. Saat ini yang ditunggu-tunggu setelah hampir separuh hari berjalan-jalan disekitar bandar phuket ini. Untuk pengetahuan, daripada utara pulau phuket ini sehingga selatan, jarak kejauhan pulau ini adalah hampir 60km. So, pulau ini sangat besar dan sangat penat jika ingin explore satu pulau.
Selepas makan tengah hari, kami pulang ke hotel untuk aktiviti bebas. Dan setibanya di hotel rata-rata daripada kami tidur dahulu kerana kepenatan berjalan dan pada sebelah petang, kami keluar untuk berjalan-jalan disekitar pantai Patong yang sangat popular di dunia. Bagi aku, pantainya hanya biasa, tidak sebiru sejernih yang disangka, akan tetapi yang menjadi seronoknya disini, penuh minah saleh bertenggek di atas pasir dan menjadi hidangan bagi kami mencuci mata sebentar.
Kemudian, jam 8.30pm, kami keluar untuk makan malam di restoran ghadafi. Wow, makanan sangat tip top. Mmg berbaloi rasanya, bayar pakej ini dan mendapat makanan yang sangat sedap. Selepas makan, kami pulang ke hotel, dan aktiviti bebas. Malam di phuket sangat meriah. Seperti yang aku ceritakan pada post yang lepas, disini merupakan fantastic nite untuk para jejaka. Akan tetapi, mujur hujan rintik-rintik membantu aku untuk tidak ter hanyut dibuai malam indah. Aku mengambil masa satu jam online di CC pulau ini untuk bertanya khabar orang malaysia. Hehe..
Dan selepas berjalan-jalan window shopping, aku pun terus naik ke bilik dan tidur.
|
kami di phrom thep |
|
berehat di puncak bukit |
|
gambar group |
|
ketika breakfast di hotel |
|
pemandangan yang indah |
|
kilang mutiara |
|
kilang batu permata |
|
explaination abg jual baju |
|
lokasi lunch restoran halal |
|
marina kitchen restoran halal |
|
suasana petang di kelab malam tai pan |
|
patong beach |
|
patong beach |
|
singgah hard rock cafe phuket |
|
our dinner |
|
restoran ghadafi |
|
masjid di patong beach |
1 comment:
eh?zirhan! hee
Post a Comment