Saturday, December 4

Phuket Trip Day 1

Assalamualaikum
Nampak gaya sudah lama aku tidak mengupdate blog kerana dalam tempoh 5 hari sebelum, aku telah pun menyertai satu trip yang boleh dikatakan sangant interesting. Oleh hal yang demikian, untuk post kali ini mungkin aku kan cerita dengan lebih panjang leber. Diharapkan kepada pembaca blog ini tidaklah kebosanan membaca pengalman sepanjang aku berada di negara gajah putih ini.

suasana di KL Sentral
aku di kafeteria KTM
bersama gee sewaktu di dalam train
wan makan sebentar
Perjalanan aku bermula pada 27/11/10 jam 9.15am di KL Sentral. Aku ke hatyai menaiki KTM ekspress langkawi. Al-maklum, kereta api ini bergerak pada waktu malam, so, perancangan awal ingin membeli seat tidur, akan tetapi, perancangan yang mungkin agak lewat, tiket itu sudah habis. Jadi kami terpaksa membeli tiket 2nd class seater berharga RM48 to hatyai. Sebelum terlupa, yang gerak pada malam itu adalah aku, gee dan juge wan. Sepanjang malam hanya duduk di kerusi itu, sambil-sambil tersengguk kepala kiri kekanan mengikut rentak kereta api. Untuk yang tidak pernah menaiki train KTM ini, anda dinasihatkan untuk membawa sweater kerana di dalam train ini sangat sejuk.

wajah ketika mendarat di bumi hatyai
gee dan wan
Akhirnya kami tiba di Padang Besar pada jam 8am. Kami terpaksa turun untuk membuat pemeriksaan imigration dan untuk mendapatkan chop passport. Barang-barang kami juga terpaksa dibawa turun kerana mungkin akan ada pemeriksaan ke atas beg2 tetapi pada pagi itu, tiada sebarang spot chek diadakan. Selepas selesai proses imigration, kami berehat sebentar sambil menunggu train ktm yang terpksa dipotong dan hanya akan membawa 3 coach ke hatyai. Sehingga 10.30am baru train bergerak ke hatyai dan perjalanan ke hatyai dari padang besar hanya mengambil masa selama 45 min. Sebelum itu, cuma ingin berkongsi, aku menggunakan perkhidmatan hotlink pada telefon nokia X6 dan apabila merentasi sempadan secara automatik talian bertukar kepada talian telefon bimbit thai. Dan untuk pengetahuan juga, setiap sms yang dihantar ke semua nombor di malaysia akan dicaj RM2 manakala call akan dicaj RM5/min. Jadi kalau xmo kredit anda cepat habis, sila tutup hp anda saje. :)

aksi ketika menunggu jang dan naz
naz wajah stim
wajah bilik family suite
Setibanya kami di hatyai, kami disambut dengan berpuluh-puluh orang pemandu tuk tuk yang ingin menawarkan perkhidmatan mereka. Akan tetapi, untuk lebih adventure, kami memilih untuk berjalan kaki dari station kereta api hatyai ke Hotel Grand Plaza. Pada mulanya, kami tidak tahu dimanakah lokasi sebenar hotel ini, tetapi selepas menebal muka bertanya dengan penduduk tempatan akhirnya kami berjumpe jua dengan hotel ini. So, appointment kami disini adalah berkumpul dengan Jang dan Naz yang tiba dari Penang menaiki van terus ke hotel ini, dan pada jam 11.30am kami berkumpul dan terus check in hotel. nasib baik ketika itu, hotel masih lagi ada bilik kosong. Kalau x, tidur tepi jalan la jawabnye.

aku dan naz dan kepoyoan
nasi goreng belacan
hamid restaurant
Selepas berehat di dalam bilik, kami pun keluar berjalan-jalan sambil mencari restoran halal di hatyai ini. Perut sudah kuat berkumandang. Akhirnya, aku berjumpe juga dengan restoran recommended by blog-blog yakni Hamid Restaurant. Wow, sangat selesa makan tengah hari disini. Pelayan pun boleh cakap melayu, so xde masalah komunikasi disini. Range harga makan tengah hari ketika itu, kami habis dalam $500 B untuk 5 org. So, sorg skali makan 100 B r. Tapi rase tu pun da mewah sangat, kot-kot la kalau kalian jumpe yang lagi murah leh share-share kat sini.

berdiskusi sebentar
dinner kami
malam di hatyai
malam di hatyai 1
Selesai makan, kemi menaiki tuk tuk bersiar-siar disekitar hatyai. Kemudian shopping sedikit di kawasan bazar sehingga matahari hampir terbenam. After dat, kami mencari restoran untuk dinner dan sekali lagi recommended by blog-blog, Salma Restaurant yang juga hanya terletak beberapa meter dengan restaurant Hamid ini. So, kalau makan, kat hatyai sangat mudah. xperlurisau dengan status kehalalannya.. :) Kemudian aktiviti selepas makan? hahaha.... URUT TIME. pergh.. pekene jgak oil massage kat hatyai ni. :) Then after urut, kami pun pulang ke bilik dan tidur untuk merehatkan sendi-sendi dan otot-otot yang kesakitan akibat diurut tdi.

1 comment:

Syed Fauzi said...

Seronok wo pergi sana lepas ni kita nak buat trip ke mana lak ;)