Tuesday, December 14

movie marathon

Assalamualaikum.
Aku kini mengalami kepeningan seolah-olah aku sedang menjujung seketul batu sebesar TV 29 inch. Hal ini berkemungkinan aku yang tidak cukup tidur dan juga aku melakukan movie marathon sebanyak 3 movies dalam satu hari. Apa-apa pun, do not worry, i'm ok.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman aku keluar menonton wayang hari ini kepada pembaca setia blog. Selepas Subuh, aku tidak dapat tidur kerana takut-takut aku tidak bangun tepat pada masa yang dijanjikan. Al-maklum, cuti semester tengah hari baru nampak muka. Plan aku untuk menonton wayang hanya di Summit USJ kerana kedudukannya yang paling hampir dengan rumahku, akan tetapi my mum tiba² hantar ku ke Sunway Pyramid. Mungkin salah dengar kot, takpe lah, pyramid pun pyramid la. Thanks mum.
So, movie pertama yang aku tengok hari ini ialah hantu kak limah balik rumah. Pergh, x sangka aku sudah bermanja-manja dengan filem Melayu. X salah kita support filem bangsa kita sendiri. Overall, i give, 3.5/5. Serius, cerita ni sangat kelakar, mmg x berhenti gelak dalam panggung. Dan yang paling aku suka ttg cerita ni, mmg dia ada selitkan unsur² politik dalam cerita ini. Sangat setuju, yang dah TUA tu, bawa² lah berundur, bagi la kat orang muda pulak. Bila usia da meningkat, umum tahu, penyakit nyanyuk akan berkuasa ke atas diri. Ni ada hati lagi nk perintah negeri. Haha... Mamat Khalid terbaik r :)



Then aku sambung plak cerita Narnia. Huh, 4/5 aku bagi. Aku xmo cerita sinopsis kat sini, hang pa pi la tengok sendiri kat wayang noh. Sama, penuh dengan aksi dan yg paling x tahan, masa ending movie ni sangat la sedih. Boleh menangis gak r kalau sesiapa yang hati taman tu.

Lepas tu, aku pergi Summit plak. Sebab utama aku ke sini, after tengah hari, harapan la nk Q wayang kat Pyramid, penuh seyh, So, baik aku tengok kat Summit yang sangat sunyi dan seronok untuk menonton. Mmg aku dah agak, filem ni mesti x ramai, rasa² time movie ni ade la dalam 5 org je dalam panggung tu. Pergh, sejuk gile, mujo aku bawa sweater. Overall cite ni aku bgi 4/5 gak. First, kalau nk tngok ni, mesti fokus, sebab cite ni banyak cakap and die cakap laju. So, kalau nk fhm cite mmg susah kalau kot² anda tgh 'bermanja' kat seat. Lagi, plot cte ni slalu bertukar-tukar, so, kne tahu kat scene ni die cte ape, scene tu die cte ape. Tapi mmg best r, aku suka cerita mcm ni. Pada mereka yang nk kelainan, movie ni sesuai untuk anda. 

Huhu.. U know what, Harry Potter aku x tengok lagi tau x. Haha..xpe la, kalau rajin nnt aku pi tgk la, tu pun kalau ade lagi kat wayang :) So, sampai kat sini dulu.

2 comments:

nurkaloi said...

owh great thanx for ur info
memg da tak sbar nk tgok cite hantu kak limah uh
ksinambungan zombie kg pisang
memg ternanti-nanti saat uh

narnia pun memg harus tgok
yes kaloi pun nak renang-renang tgk movie...yeaahh..

nurul aina said...

sgt jeles dgn syazwan akid sbb die da tgk movie2 yg sy nk tgk....
heheehhe
ari 2 ngangkung dgn rapunzel...
kali nie 2 movie...
hantu maklimah blk umah &narnia...
2 cite nie mmg nk tgk sgt