Tuesday, December 14

Wacana Tokoh

Wacana Tokoh : Md Said Ibrahim (Sains Aktuari)
Md Said Ibrahim dilahirkan di Muar, Johor pada tanggal 10 November 1956. Anak ketiga dariapda enam adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di Peserian English School (kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Peserian), Semerah, Batu Pahat. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah di Muar High School sehingga ke Tingkatan 6 (atas).

Setelah tamat pendidikan sekolah menengah, Md Said menjadi guru sementara mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Matematik selama dua tahun. Kemudiannya, pada tahun 1978, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (ITM) di dalam program Diploma Sains Aktuari selama empat tahun. Beliau memilih bidang Sains Aktuari kerana meminati subjek Matematik dan atas galakan abang dan kakak beliau yang ketika itu sedang mengikuti program Association of Certified Chartered And Administration (ACCA) dan Institute of Chartered Secretaries And Administration (ICSA) di ITM. Ketika mengikuti pengajian Sains Aktuari, bekas pensyarah beliau, Dr. Shahrir Hussin bertanggungjawab dalam menanam minat yang mendalam di dalam bidang Sains Aktuari. Antara pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar beliau dan kini masih berada di Fakulti Sains Komputer dan Matematikialah, Prof. Madya Shafie Mehad, Prof Madya Hasni Hashim, Prof Madya Ean Yusuf Wan Abdullah, Prof Madya Azizi Ngah Tasir dan Encik Megat Mohd Hatta Megat Othman.

Atas usaha gigih dalam pelajaran, beliau berjaya menamatkan program Diploma Sains Aktuari di ITM pada tahun 1982 dan dianugerahi Pelajar Terbaik Diploma Sains Aktuari. Selepas Tamat Pengajian, Md Said menjadi guru sementara, mengajar subjek Matematik, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang selama kira-kira satu tahun sebelum berangkat ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran dibawah Skim Tenaga Pengajar Muda ITM. Beliau memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang sama iaitu Sains Aktuari di Universiti of Iowa. Setelah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1985, beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di dalam bidang Statistik dan Sains Aktuari (double-major) di universiti yang sama. Beliau pulang ke tanah air pada tahun 1987 dan terus berkhidmat di ITM di bawah Jabatan Sains Aktuari. 

Semenjak berkhidmat sebagai pensyarah Sains Aktuari, Md Said telah memegang beberapa jawatan pentadbiran seperti Ketua Program Diploma Sains Aktuari (1991-1993), Ketua Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari (1997-1999) dan juga pada tahun 2003 beliau kembali memegang jawatan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari sehingga kini .Atas usaha gigih dan komited di dalam tugas, beliau menerima Anugerah khidmat Cemerlang pada tahun 2008.

Selain daripada itu, beliau juga adalah panel penilai program Sains Aktuari untuk Malaysian Qualifications Agency (MQA) dimana antara institusi pengajian tinggi yang telah dinilai adalah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej Maxwell, Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan University College Sedaya International (UCSI). Md Said juga adalah merupakan penilai Peperiksana Tahap kecekapan (PTK) bahagian Aktuari di Kementerian Kewangan Malaysia dan bekas Pakar Rujuk kepada The International Centre for Education in Islamic Finance (INCEF).

Md Said mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Anak sulung beliau kini sedang melanjutkan pengajian di British Malaysian Institute, Universiti Kuala Lumpur manakal yang kedua sedang menuntut di Universiti Teknologi MARA cawangan Jengka. Anak ketiga beliau masih bersekolah di dalam Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar dan yang bongsu di dalam Tingkatan 3.

Kini setalah 23 tahun berkhidmat sebagau Pensyarah Sains Aktuari di UiTM, Md Sais yang juga merupakan graduan dalam program yang sama merasa gembira dan bangga kerana dapat mendidik anak bangsa di dalam bidang yang tidak ramai dipilih oleh Bumiputera ini. Beliau yang juga terlibat di dalam melatih pelajar program Sains Aktuari untuk mengambil kursus profesional Sains Aktuari iaitu Society of Actuaries (SOA) berharap agar anak didiknya berjaya menjadi aktuari bertaraf fellowship suatu hari nanti.

Md Said yang merupakan "Abang Long" di Pusat Pengajian Sains Aktuari juga merasa puas dan bangga melihat anak didiknya kini menjadi rakan seperjuangan di Pusat Pengajian yang sama. Beliau berharap agar semangat yang membara dalam mendidik anak bangsa di dalam bidang Sains Aktuari ini akan diteruskan oleh mereka.

sumber : FSKM news Issue 18 (april 2009-november 2010)


--- Sebagai seorang anak, aku sangat bertuah memiliki seorang ayah yang merupakan tokoh di kalangan universitinya. Bila fikir sejenak, aku seolah-olah tidak mampu untuk menyaingi kehebatan ayah aku ini. Mungkin kerana faktor diriku yang malas dan i don't know what to say. Apa-apa skali pun, aku akan cuba menjejak kaki seperti ayah aku ini. Lastly, thanks for being our great father. Love you <3

2 comments:

♡ A.N said...

Hye I've changed my blog URL would you pls follow me back? :)
X

tq so much :)

Unknown said...

Is this your father? Saya budak baru dalam bidang aktuari ni, boleh post lebih lagi tak pasal ayh awak~~